Jumaat, 24 Februari 2012

TAKLIMAT PEMBUGARAN PROGRAM j-QAF



 
Khamis, 23hb Februari 2012, bersamaan 1 Rabiul Akhir 1433 Hijrah, telah berlaku Mesyuarat Pengurusan j-QAF Bil. 1/2012 Daerah Hulu Selangor 2012 di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Mesyuarat ini melibatkan 32 orang Ketua Panitia Pendidikan Islam dari 32 sekolah kebangsaan yang menjalankan program j-QAF.

Tepat jam 8.30 pagi, mesyuarat dimulakan dengan  ucaptama Penolong Pengarah Operasi j-QAF dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Ustaz Norazman bin Samid. Ucapan alu-aluan dari Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor, En. Jamaluddin bin Abdul Kadir. Seterusnya mesyuarat dimulakan dengan taklimat pembugaran Program j-QAF. Penyampaian dari Ustaz Norazman berfokus kepada modul-modul yang terkandung dalam program j-QAF dan peranan yang perlu dilakukan oleh guru j-QAF di sekolah.

Berikut dilampirkan di bawah ini, pautan bahan yang telah disampaikan pada hari tersebut. Kepada ketua panitia Pendidikan Islam dan pentadbir sekolah boleh memuat turun bahan tersebut bagi perhatian dan tindakan di sekolah. Pihak Sektor Pendidikan Islam, JPN Selangor dan Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor mengharapkan ianya akan di sampaikan pula di dalam sekolah dalam bentuk "Latihan Dalaman" atau "In House Training"







Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters