Selasa, 29 November 2011

STATUS PENERIMAAN BORANG SMKA BAGI TAHUN 2012

Makluman kepada pentadbir sekolah daerah Hulu Selangor, tarikh tutup penghantaran borang SMKA ke PPD adalah pada 24 November 2011. Sehingga 28 November 2011, Unit Pendidikan Islam ingin memaklumkan terdapat 10 buah sekolah yang telah menghantar borang berkenaan. Senarai sekolah adalah seperti berikut:


Rabu, 16 November 2011

SESI POST MORTEM PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) BAGI TAHUN 2011 DAN PERANCANGAN PEMANTAPAN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berhasrat untuk mengadakan sesi post mortem pelaksanaan Program Sekolah Angkat bagi tahun 2011 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh....:...17 November 2011 (Khamis)
Masa..... :...8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  :...Masjid Asy Syarif Pekan Meru
..................Persiaran Hamzah Alang Meru
..................42200 Kapar, Selangor


Sehubungan itu, pihak Jabatan Pelajaran Selangor memohon kerjasama pihak tuan untuk menjemput Penyelaras Program Sekolah Angkat sekolah tuan untuk hadir sesi post mortem tersebut.Sila muat turun surat berkaitan dengan klik pautan di bawah.

Surat Post Morterm Zakat

Sekolah yang terlibat dalam daerah Hulu Selangor

1
SK SOEHARTO
2
SK BANDAR UTAMA BATANG KALI
3
SK SERENDAH
4
SK SUNGAI BUAYA
5
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
6
SMK SOEHARTO
7
SMK GEDANGSA
8
SMK BANDAR UTAMA BATANG KALI
9
SMK SERENDAH
10
SMK SYED MASYHOR BATANG KALI
11
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

Jumaat, 11 November 2011

PROGRAM MAHRAJAN j-QAF NEGERI SELANGOR KALI KE-5


Tahun 2011, Daerah Hulu Selangor terpilih untuk menjadi tuan rumah Mahrajan (Ihtifal) j-QAF peringkat Negeri Selangor kali ke-5 di Kem Bina Semangat Ampang Pecah. 


Urus Setia yang dilantik adalah dikalangan Sekolah Program j-QAF daerah Hulu Selangor. Manakala Hakim pertandingan dipilih dari     semua daerah yang bertanding. 10 Daerah di Negeri Selangor akan menghantar peserta bagi pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab, Kalam Jamaie, Kuiz dan Tilawah. 


Sokongan dan doa warga daerah Hulu Selangor amat didambakan oleh kontinjen Hulu Selangor bagi mendapat pencapaian yang diimpikan khususnya buat semua peserta yang kuat berlatih serta jurulatih Sekolah yang terpilih.


SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN......INSYAALLAH..


Rabu, 19 Oktober 2011

MESYUARAT MAHRAJAN (IHTIFAL) j-QAF NEGERI SELANGOR 2011

Makluman kepada semua guru besar Sekolah-Sekolah Program j-QAF Daerah Hulu Selangor, MESYUARAT MAHRAJAN (IHTIFAL) j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR KALI KE-5 TAHUN 2011 akan diadakan di ketentuan seperti berikut:


Tarikh....: 21 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa.......: 8.30 pagi
Tempat...: Bilik Mesyuarat SK Taman Bunga Raya 2

Berikut adalah pautan surat berkenaan

SURAT MAHRAJAN

Bagi sekolah-sekolah berikut, sila muat turun surat RALAT bagi mesyuarat berkenaan pada pautan berikut:

BIL
NAMA SEKOLAH
NAMA GURU BESAR
1
SK Taman Bunga Raya (1)
Pn. Zalinah Bt. Zubir
2
SK Bukit Beruntung 2
Pn. Azizah Binti Hassan
3
SK Serendah
En. Zakaria Bin Ismail
4
SK Lembah Beringin
Pn. Norlia Binti Sukri
5
SK Bukit Beruntung
Pn. Nor Azian Binti Abd Manan
6
SK Bandar Sungai Buaya
En. Hasim Bin Saleh
7
SK Gedangsa
Pn. Saniah Binti Sulaiman
8
SK Sg Tengi
Pn. Siti Aisah Binti Haji Talib
9
SK Bukit Sentosa
Pn. Nor Shakila Bt. Kamaluddin
10
SK Kampung Soeharto
En. Zainal Abidin Bin Monil
11
SK Seri Fajar
En. Mokhtar Bin Hussin
12
SK Taman Bunga Raya 2
En. Zailani Bin Karim

Jumaat, 7 Oktober 2011

MESYUARAT ELAPORAN PROGRAM j-QAF 6 BULAN KEDUA

MESYUARAT PELAKSANAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) PROGRAM NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN DATA E-LAPORAN 6 BULAN KEDUA PROGRAM j-QAF DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2011.

Dengan hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam, Hulu Selangor akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2011 (Selasa)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Tingkat 3 Wisma TNB.

Sehubungan dengan itu, penyelaras data e-Laporan Program j-QAF di sekolah tuan diminta menghadiri mesyuarat berkenaan. Sila muat turun Pautan Surat di bawah.

Untuk melancarkan mesyuarat, disarankan kepada guru tersebut membawa komputer riba, yang digunakan untuk mengisi data e-laporan Pendidikan Islam sekolah tuan, broadband dan wayar penyambung.

Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Surat Elaporan

Khamis, 6 Oktober 2011

Surat Unit PI 2

Surat KLAQ

Surat Unit PI 1

Surat Mahrajan

PENYERTAAN KEM LITERASI AL-QURAN DAN MAHRAJAN j-QAFDAERAH HULU SELANGOR 2011

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuki.

Sukacita dimaklumkan program tersebut akan diadakanseperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Oktober 2011 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) – 4.30 petang
Tempat : SK Kerling
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihaktuan/puan untuk menghantar :
1. Kem Literasi Al-Quran:
4 orang peserta atau sekurang-kurangnya 2 orang keprogram tersebut atau sekurang-kurangnya 2 orang. Sila lengkapkan borang pendaftaran di laman blog ini sebelum atau pada 7 Oktober 2011.
2. Mahrajan j-QAF:
Peserta Dikir Barat Bahasa Arab : 20 orang (minima 15 orang)
Peserta Kalam Jamaei : 20 orang (minima 15 orang)
Sebagai makluman tambahan, guru pengiring peserta akan dilantikmenjadi fasilitator dan hakim dalam program terebut dan kehadiran sepanjang programadalah di WAJIBkan.

Pautan Surat di paparan diatas.....kepada panitia pendidikan Islam, sila muat turun dan ambil tindakan



PENDAFTARAN DIKIR BARAT DAN KALAM JAMAEI

SILA LAKUKAN PENDAFTARAN SEBELUM ATAU PADA 7 OKTOBER 2011

Isnin, 3 Oktober 2011

SOALAN PKSR P. ISLAM TAHUN 2 HINGGA 5 AKHIR TAHUN 2011

Kepada semua Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor..


Makluman berkaitan Soalan PKSR Pendidikan Islam Tahun 2 hingga 5, sila muat turun pada pautan berikut:

Soalan Pendidikan Islam Akhir Tahun SK
Soalan Pendidikan Islam Akhir Tahun SK j-QAF
Soalan Pendidikan Islam Akhir Tahun SJK CTA


Manakala Soalan Bahasa Arab bagi Tahun 2 hingga 5 sila muat turun pada pautan berikut:

SOALAN PKSR BAHASA ARAB AKHIR TAHUN


DAPATKAN KATA LALUAN DARIPADA ;
USTAZ SAMSUDIN AHMAD
PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR
DI TALIAN 03-60641881 / 012-6264838

Selasa, 27 September 2011

PERMOHONAN KPLI-SR j-QAF AMBILAN 2012

Sila klik pautan di bawah.

http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/

Sila dapatkan No. PIN di Bank Simpanan Nasional(BSN)
Nota penting ; Permohonan di Buka 25 September 2011 dan Tutup pada 25 Oktober 2011

Isnin, 26 September 2011

DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM

Dukacita dimaklumkan, masih kedapatan guru pendidikan Islam yang gagal mengisi data secara online di laman blog ini. Sebagai makluman guru pendidikan Islam termasuk juga guru Bahasa Arab dan Guru KKQ di sekolah.

Sehubungan dengan itu, di maklumkan status pengisian data terkini pada 26 September 2011. Pihak sekolah diminta untuk menyemak nama guru yang gagal mengisi dengan menyemak pengisian dibawah.

Sila rujuk pautan berikut:









STATUS GPI 

Senarai Guru yang telah mengisi:

SEKOLAH RENDAH


SEKOLAH MENENGAH


Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor amat berharap kerjasama agar semua semua Guru Pendidikan Islam mengisi data secara online ini.

Ahad, 25 September 2011

KEPUTUSAN MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI BIL 2/2011 DAERAH HULU SELANGOR

Sukacita dimaklumkan, berdasarkan keputusan mesyuarat pengurusan Panitia Pendidikan Islam 23 September 2011 yang lalu, mesyuarat sebulat suara memutuskan perkara-perkara berikut, diantaranya ialah:

1. Pasukan bagi mewakili acara Dikir Barat Bahasa Arab (20 murid) dan Kalam Jamaie (30 murid) bagi Program Mahrajan j-QAF masih dibuka penyertaannya kepada semua sekolah untuk menyertainya sehingga Selasa, 27 September 2011 

*catatan : bilangan murid tertakluk kepada syarat terkini Pertandingan yang akan dimaklumkan pada 28 September 2011.

2. Bagi program Kem Literasi Al-Quran khusus kepada murid tahap 1 (tahun 2 & 3). Pihak sekolah diminta untuk menghantar tidak melebihi 4 orang dan sekurang-kurangnya 2 orang murid tahap satu ke tempat kem yang akan ditentukan kemudian. 

Untuk tujuan tersebut pihak sekolah diminta untuk membuat pendaftaran murid tersebut secara online pada borang di bawah.

Selasa, 20 September 2011

Isnin, 19 September 2011

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR


Sukacita merujuk kepada perkara di atas dan surat JPNS SPI 600-3/1/9 Jld.4 (6) bertarikh 28 Julai 2011 adalah  berkaitan.

Soalan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 2 hingga 5

Makluman berkaitan Soalan PKSR Pendidikan Islam Tahun 2 hingga 5 akan diedarkan pada  11 Oktober 2011. Manakala Soalan Bahasa Arab bagi Tahun 2 hingga 5 sila muat turun pada pautan berikut:

Soalan Bahasa Arab Akhir Tahun 2011


Isnin, 12 September 2011

PELAKSANAAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 6 AKHIR TAHUN 2011


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh penyelarasan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 6 akhir tahun 2011 untuk semua sekolah di Negeri Selangor pada 20 September 2011,

Untuk makluman tuan, keputusan bagi PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 6 akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Ustazah Sabariah binti Sapari, Penyelia Kanan Pendidikan Islam Teras (Rendah) di talian 03-55135754/013-6710282 dan Ustaz Norazman bin Samid, Penolong Pengarah Kanan j-Qaf di talian 03-55135754/019-2881230.

Sila muat turun fail berikut dan dapatkan kata laluan daripada Ustaz Samsudin Bin Ahmad di talian 012-6264838..

1. SOALAN PKSR BAHASA ARAB
2. SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM


Sila semak kertas jawapan murid dan isi MARKAH dalam SISTEM SAPS sekolah masing-masing sebelum atau pada 30 September 2011.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah dihargai dengan ucapan terima
kasih.

Khamis, 18 Ogos 2011

MAKLUMAN DAN BAHAN KURSUS KSSR TAHUN 2

Makluman kepada sekolah Rendah, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut diminta untuk menghantar seorang guru bagi menyertai Kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 bagi tahun 2012.
Begitu juga bagi mata pelajaran Bahasa Arab, semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut diminta untuk menghantar seorang guru bagi menyertai Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 2 bagi tahun 2012.

Makluman kursus adalah seperti berikut:

A. Kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 2:

..................Tarikh  : 5hb hingga 9hb September 2011
..................Masa   : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
..................Tempat : SK Kalumpang

.................
.................Bahan Kursus PI



B. Kursus KSSR Bahasa Arab:

..................Tarikh  : 5hb hingga 9hb September 2011
..................Masa   : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
..................Tempat : PKG Kalumpang

.................
.................Bahan Kursus BA

Sabtu, 13 Ogos 2011

PROGRAM DAKWAH REMAJA ISLAM DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari Jumaat, 12hb Ogos 2011, bersamaan 12 Ramadhan 1432 Hijrah, bertempat di Masjid Jamek ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, satu program dakwah kepada remaja Islam telah dianjurkan Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor bersama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.

Program ini berjaya disertai wakil murid daripada 18 buah sekolah menengah termasuk sekolah MRSM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah beriktikaf di masjid, solat sunat Dhuha, solat sunat Tasbih dan ceramah.

Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira jam 2.30 petang selepas semua peserta turut bersolat jumaat di masjid ar-Rahimah itu.

Kepada semua individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung diucapkan jutaan terima kasih.


.............
..................................

RAIKAN PELAJAR PROGRAM j-QAF 2011 PERINGKAT NEGERI SELANGOR


Khamis, 28 Julai 2011 bersamaan 26 Syaban 1432 Hijrah telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Peringkat Negeri Selangor kali ke-3, bagi meraikan murid-murid Program j-QAF yang telah Khatam Al-Quran.

Motto majlis pada kali ini ialah "Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang"

Setiap daerah diwakili oleh 30 peserta dan 6 orang guru pengiring telah berkumpul di Dewan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan. Bagi merealisasikan majlis tersebut, 30 kumpulan dibentuk semula dengan diwakili oleh setiap daerah seorang wakil. Setelah itu setiap kumpulan membaca 1 Juzuk dari Al-Quran dengan setiap pelajar perlu membaca 1/2 atau 1 muka surat Al-Quran. setiap kumpulan dibimbing oleh guru pengiring yang ditugaskan.

Apapun, kepada semua individu yang terlibat diucapkan syabas dan tahniah atas penglibatan dan kerjasama semua dalam menjayakan majlis tersebut.




Khamis, 11 Ogos 2011

TAKLIMAT PERSIAPAN KURSUS KSSR TAHUN 2 P. ISLAM DAN BAHASA ARAB

Berikut dimaklumkan Taklimat Persiapan Kursus KSSR Tahun 2 akan diadakan pada ketentuan berikut khusus untuk Jurulatih dan Urusetia berkaitan:

Tarikh : 11 Ogos 2011
Tempat : PPD Hulu Selangor
Masa  : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang

Sila dapatkan surat pada pautan berikut : Link Surat

Selasa, 26 Julai 2011

MASIH ADA GURU DATA SEKOLAH YANG BELUM ISI TARIKH KBS 2011

Dukacita dimaklumkan, masih kedapatan sekolah yang masih gagal mengisi tarikh-tarikh pelaksanan Kem Bestari Solat bagi tahun 2011. Diharap dapat bertindak SEGERA. Sepatutnya sekolah telah mengisi borang On-Line berkenaan sebelum 20 Julai 2011. Bagi yang telah menghantar, ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Khamis, 21 Julai 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Program j-QAF Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011

Gambar Hiasan


Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Program j-QAF Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.
3 Buah sekolah terpilih untuk menghantar peserta ke Majlis tersebut:
1. Sekolah Kebangsaan Kerling
2. Sekolah kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
3. Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu

Bagi sekolah berkenaan, sila muat turun surat dan lampiran pada pautan di bawah.
..........
Surat Peserta...............Surat Guru Pengiring.....Lampiran Nama

Segala kerjasama anda diucapkan jutaan terima kasih.

Jumaat, 8 Julai 2011

PENGISIAN TARIKH KBS SEKOLAH RENDAH HULU SELANGOR

Gambar Hiasan

Pada 5hb. Julai 2011, satu mesyuarat khas perlaksanaan program j-QAF peringkat Negeri Selangor bertempat di PKG Sabak Bernam memutuskan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh Kem Bestari Solat di peringkat sekolah. Ini berlaku kerana terdapat kekeliruan samaada Perlaksanaan KBS patut diadakan 4 kali setahun atau 2 kali setahun.

Sehubungan dengan itu, sekolah perlu maklum bahawa KBS perlu dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004

Borang online bagi mendapatkan maklumat tarikh-tarikh berkenaan disediakan di bawah.
Pihak sekolah diminta untuk mengisi borang berkenaan sebelum atau pada 20hb Julai 2011.



Semak Pengisian Takwim KBS

Khamis, 23 Jun 2011

DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM


Unit Pendidikan Islam sedang mengemaskini data Guru Pendidikan Islam Rendah dan Menengah serta data Guru j-QAF. Sila buat tindakan dengan mengisi borang online di pautan di bawah sebelum atau pada 30 JUN 2011.


Kami juga memohon pihak tuan menghantar semula Borang Akuan Pengisian Maklumat Online seperti lampiran BORANG B yang telah dilengkapkan ke PPD Hulu Selangor, U.P: Ustaz Samsudin Bin Ahmad pada tarikh yang sama.

Sekian Terima Kasih

Rabu, 22 Jun 2011

ANUGERAH SURAU DAN MUSOLLA LIMA BINTANG 2011

Gambar Hiasan
Sukacita dimaklumkan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan pertandingan surau dan musolla bagi Anugerah Surau dan Musolla Lima Bintang kepada sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Pertandingan ini selari dengan Iklim Dinie Kementerian Pelajaran Malaysia. Anugerah ini akan disampaikan pada Hari Anugerah Institusi Pendidikan Agama yang dijadual akan diadakan pada bulan 24 Septernber 2011 nanti.
........Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam memohon kerjasama pihak tuan untuk mencalonkan surau dan musolla bagi mewakili daerah Hulu Selangor dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
.......Sila isi borang online di bawah sebagai makluman daripada pihak sekolah sebelum atau pada 30 Jun 2011.


Dapatkan Skala Pemarkahan di pautan SKALA PEMARKAHAN.
.........Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Saberi Bin Yusof di talian 03-60641926.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


Semak Pencalonan

Sabtu, 18 Jun 2011

NOTA PENTING UNTUK PENYELARAS DATA PENDIDIKAN ISLAM




E-Laporan V11.1

PrintPDF
E-Laporan V11.1 j-Qaf boleh dimuaturun melalui Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Islam di >> Media >> Muat Turun Dokumen >> j-Qaf >> E-Laporan V11.1 atau boleh klik

Khamis, 16 Jun 2011

MESYUARAT ELAPORAN PROGRAM j-QAF 6 BULAN PERTAMA

Gambar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t.....
Berikut dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam akan mengadakan mesyuarat E-Laporan Program j-QAF 6 Bulan Pertama pada ketetapan berikut:

Tarikh  :   21 Jun 2011
Hari     :    Selasa
Masa   :    8.00 hingga 5.00 Petang
Tempat : PKG Kuala Kubu Bharu

Lampiran SURAT

Sila bawa maklumat dan peralatan yang diperlukan bagi memastikan mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

Sekian Terima Kasih

Double Click pada gambar untuk besarkan Paparan Gambar

Ahad, 12 Jun 2011

PUASA DI BULAN REJAB

  • Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."
  • Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya "Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah'

Rabu, 8 Jun 2011

BERKUALITIKAH PANITIA DI SEKOLAH ANDA?



........Kepentingan kerja berpasukan telah dinyatakan oleh ramai tokoh antaranya Ahmad Zaharuddin (2001) yang menegaskan bahawa pembentukan satu pasukan kerja adalah penting dalam mana-mana organisasi. Malah, pendekatan rakan sekerja dalam jabatan dan antara jabatan pula diprojeksi dapat membantu organisasi bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi dengan cepat.
.......

Selasa, 7 Jun 2011

MAKLUMAN PEMANTAUAN SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM j-QAF TAHUN 2011


Kepada sekolah yang tersenarai akan di pantau secara berkelompok oleh Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada 26 Julai 2011.

Pemantauan bertujuan:
1. Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di kelas.
2. Pemantapan Pelaksanaan Program-program j-QAF.
3. Pengurusan fail-fail panitia dan bilik-bilik khas.



Ahad, 5 Jun 2011

MAKLUMAN PERTUKARAN

Ucapan Tahniah kepada :-

Mohammad Hurairoh Bin Supardan ( Penolong PPD j-Qaf )

telah bertugas di tempat baru ( SMK Bukit Sentosa 2 )

mulai 15 Mei 2011

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters