Khamis, 23 Jun 2011

DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM


Unit Pendidikan Islam sedang mengemaskini data Guru Pendidikan Islam Rendah dan Menengah serta data Guru j-QAF. Sila buat tindakan dengan mengisi borang online di pautan di bawah sebelum atau pada 30 JUN 2011.


Kami juga memohon pihak tuan menghantar semula Borang Akuan Pengisian Maklumat Online seperti lampiran BORANG B yang telah dilengkapkan ke PPD Hulu Selangor, U.P: Ustaz Samsudin Bin Ahmad pada tarikh yang sama.

Sekian Terima Kasih

Rabu, 22 Jun 2011

ANUGERAH SURAU DAN MUSOLLA LIMA BINTANG 2011

Gambar Hiasan
Sukacita dimaklumkan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan pertandingan surau dan musolla bagi Anugerah Surau dan Musolla Lima Bintang kepada sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Pertandingan ini selari dengan Iklim Dinie Kementerian Pelajaran Malaysia. Anugerah ini akan disampaikan pada Hari Anugerah Institusi Pendidikan Agama yang dijadual akan diadakan pada bulan 24 Septernber 2011 nanti.
........Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam memohon kerjasama pihak tuan untuk mencalonkan surau dan musolla bagi mewakili daerah Hulu Selangor dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
.......Sila isi borang online di bawah sebagai makluman daripada pihak sekolah sebelum atau pada 30 Jun 2011.


Dapatkan Skala Pemarkahan di pautan SKALA PEMARKAHAN.
.........Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Saberi Bin Yusof di talian 03-60641926.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


Semak Pencalonan

Sabtu, 18 Jun 2011

NOTA PENTING UNTUK PENYELARAS DATA PENDIDIKAN ISLAM




E-Laporan V11.1

PrintPDF
E-Laporan V11.1 j-Qaf boleh dimuaturun melalui Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Islam di >> Media >> Muat Turun Dokumen >> j-Qaf >> E-Laporan V11.1 atau boleh klik

Khamis, 16 Jun 2011

MESYUARAT ELAPORAN PROGRAM j-QAF 6 BULAN PERTAMA

Gambar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t.....
Berikut dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam akan mengadakan mesyuarat E-Laporan Program j-QAF 6 Bulan Pertama pada ketetapan berikut:

Tarikh  :   21 Jun 2011
Hari     :    Selasa
Masa   :    8.00 hingga 5.00 Petang
Tempat : PKG Kuala Kubu Bharu

Lampiran SURAT

Sila bawa maklumat dan peralatan yang diperlukan bagi memastikan mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

Sekian Terima Kasih

Double Click pada gambar untuk besarkan Paparan Gambar

Ahad, 12 Jun 2011

PUASA DI BULAN REJAB

  • Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."
  • Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya "Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah'

Rabu, 8 Jun 2011

BERKUALITIKAH PANITIA DI SEKOLAH ANDA?



........Kepentingan kerja berpasukan telah dinyatakan oleh ramai tokoh antaranya Ahmad Zaharuddin (2001) yang menegaskan bahawa pembentukan satu pasukan kerja adalah penting dalam mana-mana organisasi. Malah, pendekatan rakan sekerja dalam jabatan dan antara jabatan pula diprojeksi dapat membantu organisasi bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi dengan cepat.
.......

Selasa, 7 Jun 2011

MAKLUMAN PEMANTAUAN SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM j-QAF TAHUN 2011


Kepada sekolah yang tersenarai akan di pantau secara berkelompok oleh Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada 26 Julai 2011.

Pemantauan bertujuan:
1. Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di kelas.
2. Pemantapan Pelaksanaan Program-program j-QAF.
3. Pengurusan fail-fail panitia dan bilik-bilik khas.



Ahad, 5 Jun 2011

MAKLUMAN PERTUKARAN

Ucapan Tahniah kepada :-

Mohammad Hurairoh Bin Supardan ( Penolong PPD j-Qaf )

telah bertugas di tempat baru ( SMK Bukit Sentosa 2 )

mulai 15 Mei 2011

Jumaat, 3 Jun 2011

FORMAT PEMBAHAGIAN SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011.

Tahap 1 :
Masih menggunakan format yang sedia ada sebagai mana tahun sebelum ini.
Tahap 2 : SK j-OAF

KURSUS SEMBELIHAN HALAL GULAI DAN NASI KAWAH


Kepada sesiapa yang berminat, khususnya guru Pendidikan Islam yang ingin mengikuti kursus sembelihan halal dan masakan gulai kawah ayam berempah di bawah anjuran Masjid Jamek ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Selangor, JKKK Ampang Pecah dan JKKK Kuala Kubu Bharu.

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters