Selasa, 27 September 2011

PERMOHONAN KPLI-SR j-QAF AMBILAN 2012

Sila klik pautan di bawah.

http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/

Sila dapatkan No. PIN di Bank Simpanan Nasional(BSN)
Nota penting ; Permohonan di Buka 25 September 2011 dan Tutup pada 25 Oktober 2011

Isnin, 26 September 2011

DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM

Dukacita dimaklumkan, masih kedapatan guru pendidikan Islam yang gagal mengisi data secara online di laman blog ini. Sebagai makluman guru pendidikan Islam termasuk juga guru Bahasa Arab dan Guru KKQ di sekolah.

Sehubungan dengan itu, di maklumkan status pengisian data terkini pada 26 September 2011. Pihak sekolah diminta untuk menyemak nama guru yang gagal mengisi dengan menyemak pengisian dibawah.

Sila rujuk pautan berikut:









STATUS GPI 

Senarai Guru yang telah mengisi:

SEKOLAH RENDAH


SEKOLAH MENENGAH


Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor amat berharap kerjasama agar semua semua Guru Pendidikan Islam mengisi data secara online ini.

Ahad, 25 September 2011

KEPUTUSAN MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI BIL 2/2011 DAERAH HULU SELANGOR

Sukacita dimaklumkan, berdasarkan keputusan mesyuarat pengurusan Panitia Pendidikan Islam 23 September 2011 yang lalu, mesyuarat sebulat suara memutuskan perkara-perkara berikut, diantaranya ialah:

1. Pasukan bagi mewakili acara Dikir Barat Bahasa Arab (20 murid) dan Kalam Jamaie (30 murid) bagi Program Mahrajan j-QAF masih dibuka penyertaannya kepada semua sekolah untuk menyertainya sehingga Selasa, 27 September 2011 

*catatan : bilangan murid tertakluk kepada syarat terkini Pertandingan yang akan dimaklumkan pada 28 September 2011.

2. Bagi program Kem Literasi Al-Quran khusus kepada murid tahap 1 (tahun 2 & 3). Pihak sekolah diminta untuk menghantar tidak melebihi 4 orang dan sekurang-kurangnya 2 orang murid tahap satu ke tempat kem yang akan ditentukan kemudian. 

Untuk tujuan tersebut pihak sekolah diminta untuk membuat pendaftaran murid tersebut secara online pada borang di bawah.

Selasa, 20 September 2011

Isnin, 19 September 2011

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR


Sukacita merujuk kepada perkara di atas dan surat JPNS SPI 600-3/1/9 Jld.4 (6) bertarikh 28 Julai 2011 adalah  berkaitan.

Soalan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 2 hingga 5

Makluman berkaitan Soalan PKSR Pendidikan Islam Tahun 2 hingga 5 akan diedarkan pada  11 Oktober 2011. Manakala Soalan Bahasa Arab bagi Tahun 2 hingga 5 sila muat turun pada pautan berikut:

Soalan Bahasa Arab Akhir Tahun 2011


Isnin, 12 September 2011

PELAKSANAAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 6 AKHIR TAHUN 2011


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh penyelarasan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 6 akhir tahun 2011 untuk semua sekolah di Negeri Selangor pada 20 September 2011,

Untuk makluman tuan, keputusan bagi PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 6 akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Ustazah Sabariah binti Sapari, Penyelia Kanan Pendidikan Islam Teras (Rendah) di talian 03-55135754/013-6710282 dan Ustaz Norazman bin Samid, Penolong Pengarah Kanan j-Qaf di talian 03-55135754/019-2881230.

Sila muat turun fail berikut dan dapatkan kata laluan daripada Ustaz Samsudin Bin Ahmad di talian 012-6264838..

1. SOALAN PKSR BAHASA ARAB
2. SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM


Sila semak kertas jawapan murid dan isi MARKAH dalam SISTEM SAPS sekolah masing-masing sebelum atau pada 30 September 2011.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah dihargai dengan ucapan terima
kasih.

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters