Ahad, 22 September 2013

SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM 2013 DAERAH HULU SELANGOR

Sila muat turun soalan cadangan PKSR Pendidikan Islam pada pautan di bawah dan dapatkan kata kunci (password) daripada Ustaz Norisham Bin Saimun, Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor pada talian 012-2701497

Untuk tujuan penyelarasan pelaksanaan PKSR Bahasa Arab dan Jawi program j-QAF, sila rujuk makluman pelaksanaan dalam email sekolah tuan..

Sehubungan itu, Unit Pendidikan Daerah Hulu Selangor ini memohon jasa baik ujian dapat dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah sebagaimana ditetapkan.

Sekian, terima kasih


  









Selasa, 27 Ogos 2013

PENYERTAAN MAHRAJAN j-QAF DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2013

Penyertaan boleh klik pada pautan berikut



BAHAN E PELAPORAN PROGRAM j-QAF 2013

Berikut adalah pautan rasmi bagi mendapatkan bahan muat turun perogram e-pelaporan j-QAF 2013
Diharap semua sekolah yang berkenaan dapat membuat tindakan bagi muat turun dan pengisian borang tersebut.

Sila klik gambar Bahan muat turun:
 

Sabtu, 27 Julai 2013

BALASUNGKAWA JULAI 2013

.................Jumaat, 26hb Julai 2013, tepat Jam 4.30 petang dimaklumkan Ustazah Siti Khairiah Binti Kamarul Zaman telah kembali ke rahmatullah di sisi keluarganya di Batu 16 Rawang. Jenazahnya akan dikebumikan pada 9.30  pagi 27hb Julai di perkuburan Islam disana. 

.................Mula bertugas pada tanggal 26 Februari 2006 di Sekolah Kebangsaan Kerling sebagai guru j-QAF. Perkhidmatan beliau sebagai guru opsyen Bahasa Arab sememangnya diperlukan di sekolah SK Kerling dan pernah dilantik menjadi Jurulatih Utama Daerah bagi menguruskan data E-Laporan j-QAF daerah Hulu Selangor. Arwah juga sering aktif menjadi Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan inayah ke atas rohnya. Al-Fatihah........


Jumaat, 31 Mei 2013

TRAGEDI 28 MEI 2013

Selasa, 28hb Mei 2013, tiga orang anak kepada Ustazah Shariffah Binti Said GPI SK Rasa, telah mengalami kemalangan. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pada jam 9.00 pagi dimana tiga orang anak tersebut yang sedang menunggang motorsikal telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju di taman perumahan di Taman Antara Gapi Selangor. 

Sehingga kini ketiga anak tersebut masih terlantar di hospital Sungai Buloh, Arif 13 tahun sedikit pendarahan di kepala, Dina 9 tahun koma dan adik bongsunya 5 tahun, patah rahang dan peha.

Berikut adalah sedikit perbualan yang diprint screen oleh blogger di facebook 31hb Mei 2013:


Blogger dengan rasa rendah hati ingin meminta kepada sesiapa yang mengenali beliau, sama-sama mendoakan agar anak-anak beliau kembali pulih dari kemalangan tersebut. Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada beliau khususnya dari kalangan ahli PEKDIS Hulu Selangor boleh menghubungi terus kepada Bendahari Sekretariat PEKDIS Hulu Selangor ditalian 012-6264838 (Ustaz Samsudin Ahmad)


Rabu, 1 Mei 2013

CADANGAN soalan-soalan pertengahan tahun P.Islam tahun 4, 5 dan 6 2013



Berikut dimaklumkan CADANGAN soalan-soalan pertengahan tahun P.Islam tahun 4, 5 dan 6 telah diemail ke email sekolah masing-masing  dialamat kod sekolah.btpnsel.edu.my

Penjelasan: Soalan-soalan P.Islam untuk tahun 4, 5 dan 6 yang telah disediakan oleh JPS adalah sebagai cadangan sahaja.  Guru Pendidikan Islam boleh menggunakan soalan tersebut sepenuhnya dengan keputusan Panitia atau boleh juga diubahsuai sesuai dengan keupayaan murid disekolah bagi merealisasikan soalan berasaskan sekolah.

Kulit soalan dibuat sendiri mengikut identiti sekolah masing-masing.

Sekian Terima Kasih

Sabtu, 13 April 2013

Keputusan penuh MTQSS Selangor 2013




Tilawah Men L
Johan : Petaling Utama
Kedua : Klang
Ketiga: Hulu Langat

Tilawah Men P
Johan: Hulu Langat
Kedua: Sepang
Ketiga: Gombak

Tilawah Ren L
Johan : Sabak Bernam
Kedua : Hulu Langat
Ketiga : Petaling Perdana

Tilawah Ren P
Johan : Hulu Langat
Kedua : Hulu Selangor
Ketiga : Kuala Langat

Hafazan L Ren
Johan : Hulu Langat
Kedua : Hulu Selangor
Ketiga : Kuala Selangor

Hafazan P Ren
Johan : Petaling Perdana
Kedua : Hulu Langat
Ketiga : Kuala Selangor

Hafazan L Men
Johan: Gombak
Kedua: Kuala Selangor
Ketiga: Hulu Langat

Hafazan P Men
Johan: Hulu Langat
Kedua: Kuala Langat
Ketiga: Klang

Bercerita L
Johan: Petaling Perdana
Kedua: Kuala Langat
Ketiga : Hulu Langat

Bercerita P
Johan: Klang
Kedua: Petaling Perdana
Ketiga: Hulu Langat

Syarahan L
Johan: Petaling Perdana
Kedua: Gombak
Ketiga: Kuala Langat

Syarahan P
Johan : Petaling Perdana
Kedua : Hulu Langat
Ketiga: Klang

Selasa, 26 Mac 2013

Balasungkawa Mac 2013

Al Fatihah. Satu lagi permata ilmuan Islam pergi meninggalkan kita. Dukacita dimaklumkan bahawa Dr Muhammad Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur. Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan para Solihin. Amin.

Ahad, 17 Mac 2013

BALASUNGKAWA 2013


...............Berikut dimaklumkan pada 17 Mac 2013, bersamaan 5 Jamadil Awal 1434H, salah seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Batang Kali telahpun kembali kerahmatullah iaitu SALINAH BT MOHD SHARIF. Dikhabarkan Jenazah ditanam di perkuburan di Gombak selepas Zohor. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman dan dicucuri rahmat. 

Sama-sama kita lafazkan ummul kitab buat rohnya, al-Fatihah....


Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters