Isnin, 27 Februari 2012

PEMANTAUAN PROGRAM j-QAF 2012


Berikut adalah dimaklumkan sekolah program j-QAF Daerah Hulu Selangor akan dipantau bermula Mac 2012. Pada tahun ini sekolah Kohort 2007 terpilih untuk dijadikan destinasi pemantauan atas faktor murid yang  mengikuti program j-QAF sudah sampai tahun 6.


Jumaat, 24 Februari 2012

TAKLIMAT PEMBUGARAN PROGRAM j-QAF



 
Khamis, 23hb Februari 2012, bersamaan 1 Rabiul Akhir 1433 Hijrah, telah berlaku Mesyuarat Pengurusan j-QAF Bil. 1/2012 Daerah Hulu Selangor 2012 di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Khamis, 16 Februari 2012

SAYEMBARA JEJAK PENULIS MUDA 2012


Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk surat JPN/SPI/DAW/A25093/01/11(68) bertarikh 3 Februari 2012 dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.

2.         Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor akan menganjurkan Sayembara Jejak Penulis Muda 2012. Antara lain, pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat menulis dikalangan murid sekolah menengah disamping mengumpul bahan-bahan penulisan yang berkualiti untuk diterbitkan.

Rabu, 15 Februari 2012

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 1 DAN 2 2012

Assalamualaikum w.b.t

Makluman penting untuk Panitia pendidikan Islam, khususnya Guru yang mengajar Tahun 1 dan tahun 2.
Sila dapatkan RPT KSSR Tahun 1 & 2 dengan membuka email Gmail UPI PPDHS.

Gunakan ID : unitpihs@gmail.com
Password    : 123456789987654321

Sila sebarkan dengan rakan-rakan yang berkenaan.

Ahad, 12 Februari 2012

MAKLUMAN RUJUKAN ARAHAN DAN BAHAN MUAT TURUN PADA BLOG PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor telah mencatat beberapa makluman yang perlu diambil tindakan SEGERA di laman blog ini seperti berikut:

FORMAT SYARAHAN DAN BERCERITA MTQSS 2012

Assalamualaikum w.b.t

Berikut adalah pautan format pemarkahan syarahan dan bercerita MTQSS 2012.
Sila muat turun untuk perhatian dan tindakan pihak sekolah.


Sekolah Menengah
Peraturan dan borang pemarkahan Syarahan  

Sekolah Rendah
Peraturan dan borang pemarkahan bercerita

MESYUARAT PENGURUSAN j-QAF 2012

Assalamualaikum w.b.t..

Makluman buat semua ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah daerah Hulu Selangor.
Berikut adalah dimaklumkan satu Mesyuarat Pengurusan j-QAF peringkat Daerah Hulu Selangor Bil 1/2012 akan diadakan seperti ketentuan berikut:

BORANG MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH 2012

Sila muat turun fail pada pautan untuk perhatian dan tindakan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor.


Sabtu, 11 Februari 2012

KURSUS KEJURULATIHAN KO-KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KOHORT 3 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum w.b.t.


KURSUS KEJURULATIHAN KO-KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KOHORT 3 PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
  2.                                       Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor merancang untuk mengadakan Kursus Kejurulatihan Ko-Kurikulum (Training of Trainer ) kepada guru-guru Pendidikan Islam di Negeri Selangor sebagai persediaan awal untuk melaksanakan beberapa program murid peringkat daerah dan negeri. Antara program tersebut ialah Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam (NKPI), Kern Jati Did (KENDIRI) dan program Dakwah Bil-Hal.

PROGRAM NADWAH KEPEMIMPINAN DAN KEM JATI DIRI

Assalamualaikum w.b.t.
PROGRAM NADWAH KEPEMIMPINAN PELAJAR ISLAM (NKPI) DAN KEM JATI DIRT (KENDIRI ) PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor merancang untuk mengadakan program Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam ( NKPI) dan Kern Jati Diri (KENDIRI) bagi pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (termasuk Kelas KAA) tahun 2012. Tarikh pelaksanaan dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

Isnin, 6 Februari 2012

RUMAH RASULULLAH SEJAK 144 DEKAD YANG LALU

Siapa Rasulullah Di Hati Kita ?

 cop12 Rabiulawal menjelang lagi. Tarikh ini mengingatkan kita kepada keputeraan nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang berlaku lebih 14 kurun yang lalu. Insan pilihan Allah ini dilahirkan dengan penuh keistimewaan, sejak hari lahirnya hinggalah waktu wafatnya. Di hari kelahirannya, terpadam api biara Majusi yang tidak pernah padam sebelum itu, runtuhnya istana Kisra Parsi, Mekah diterangi cahaya putih dan pelbagai kejadian pelik lain.

Seminggu sebelum tibanya 12 Rabiulawal, masyarakat di Syria telah sibuk bercakap mengenai Rasulullah S.A.W melebihi dengan apa yang dilakukan mereka pada hari-hari biasa. Ulama’-ulama’ pula sememangnya mengambil kesempatan ini untuk mendidik masyarakat untuk cinta kepada nabi, sesuatu yang susah kita nak dapati di Malaysia. Suasananya begitu terasa. Hari ini pun aku mendengar khutbah Jumaat Sheikh Sariah mengenai cinta kepada Rasulullah. Semasa majlis zikir pada waktu pagi pun, dia bercerita dan memberi tazkirah mengenai cinta kepada Rasulullah. Subhanallah…insaf rasanya apabila merasakan diri ini hanya mampu melafazkan cinta kepada nabi tetapi jauh sekali rasanya kedudukan cinta nabi itu di hatiku mahupun dengan amalanku. Astaghfirullah….

Sambungan........http://ilmuanmuda.wordpress.com/2009/03/08/siapa-rasulullah-di-hati-kita/

Ahad, 5 Februari 2012

Penulisan Plan Strategik 2012

Assalamualaikum w.b.t .....

Unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor telah mencadangkan dalam Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan Subjek Elektif Sekolah Menengah Bil. 1/2012 di Sekolah Menengah Bukit Sentosa, bagi memberikan impak yang besar kepada pencapaian murid di sekolah Daerah Hulu Selangor khususnya bagi Panitia subjek berikut:

1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Arab
3. Tasawur Islam
4. Al-Quran Sunnah

Rasional

1. Sesuai dengan maksudnya ia merupakan Proses mengenalpasti objektif organisasi sebagai reaksi kepada peluang dan ancaman dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang digariskan.

2. Sebagai sumber rujukan untuk guru di daerah Hulu Selangor.

Pembahagian Tugasan.

Bagi tujuan tersebut, pihak UPI PPDHS membahagikan tugasan menyediakan plan strategik tersebut mengikut ketetapan berikut:


Catatan : Panitia yang ditugaskan diminta untuk menyerahkan plan strategik yang dirancang ke UPI PPHS pada atau sebelum  30 Mac 2012

Sebagai panduan kepada Panitia berkenaan, disini diberikan contoh Plan Strategik dan Nota berkaitan pada pautan dibawah;







Jumaat, 3 Februari 2012

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH 2012

Assalamualaikum w.b.t.....

Berikut di lampirkan bersama Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Sekolah Menengah bagi Tahun 2012..
Kepada Panitia Pendidikan Islam yang inginkan RPT tersebut boleh klik pautan di bawah:

Rancangan Pelajaran Tingkatan 1
Rancangan Pelajaran Tingkatan 2
Rancangan Pelajaran Tingkatan 3
Rancangan Pelajaran Tingkatan 4
Rancangan Pelajaran Tingkatan 5

BENGKEL SIMULASI PENYEMBELIHAN TAHUN 2012 SIRI KE-TIGA.

Makluman kepada ahli PEKDIS Hulu Selangor....

Sukacita dimaklumkan, Bidang Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor dengan kerjasama PEKDIS Cawangan Selangor akan mengadakan Bengkel Simulasi Penyernbelihan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh         : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa          : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat       : Asrama Damai, RumahAnak-Anak Yatim Kuang.
Yuran     : RM20.00 dikenakan sebagai sumbangan bagi membeli ayam untuk disembelih oleh peserta manakala dagingnya dijadikan hidangan makan tengahari dan disedekahkan kepada penghuni rumah anak-anak yatim(Asrama Damai).

CATATAN : KEPADA YANG BERMINAT SILA BUAT TINDAKAN SEBELUM ATAU PADA 7 FEBRUARI 2012 UNTUK DAPATKAN SURAT PERLEPASAN KE TEMPAT KURSUS

Peserta akan diberikan taklimat cara sembelihan dan ditunjukkan simulasi sembelihan sebenar menyembelih seekor lembu dan seekor kambing. Peserta juga diberi peluang membuat amali sembelihan ayam.

Maklumat Lanjut pada pautan di bawah:

Khamis, 2 Februari 2012

BAHAN MTQSSKPM 2012




BAHAN MTQSSKPM 2012 UNTUK PANDUAN SEMUA SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR
Sila MUAT TURUN bahan-bahan yang berkaitan dengan Pelaksanaan MTQSSKPM 2012

STATUS PENGISIAN BORANG LAPORAN PELAKSANAAN MODUL TRANSISI BAHASA ARAB 2012

Berikut di lampirkan Sekolah-sekolah yang masih GAGAL menghantar email Borang KSSR Bahasa Arab sehingga jam 09.40am 6hb Februari 2012.

Peringatan Pertama
Bagi Sekolah Kebangsaan Program j-QAF yang belum membuat tindakan seperti yang dikehendaki, PERLU DI EMAIL SEPATUTNYA sebelum atau pada 3hb Februari 2012.

Peringatan Kedua
Dukacita kepada sekolah-sekolah dibawah diminta buat tindakan segera selewat-lewatnya pagi Isnin.
Sila rujuk guru data EMIS tentang arahan yang dikeluarkan 
pada 1hb Februari 2012 di Bilik Mesyuarat Utama PPD Hulu Selangor.

Peringatan Ketiga
Arahan di atas adalah arahan dan ingatan kedua. Diminta kepada sekolah bekenaan tidak perlukan kepada peringatan yang seterusnya....Amanah ditangan anda...SILA BUAT TINDAKAN SEGERA 











Rabu, 1 Februari 2012

LAPORAN PELAKSANAAN MODUL TRANSISI BAHASA ARAB 2012


Kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam, sila muat turun borang pada pautan dibawah untuk diisi oleh Guru Pendidikan Bahasa Arab yang mengajar Tahun Satu. Sila rename nama fail kepada "borang SK ?????" dan emailkan semula fail borang berkenaan yang telah siap diisi kepada alamat jqafppdhs@yahoo.com sebelum atau pada 3 Februari 2012 (JUMAAT)

Borang KSSR BA

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters