Khamis, 16 Februari 2012

SAYEMBARA JEJAK PENULIS MUDA 2012


Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk surat JPN/SPI/DAW/A25093/01/11(68) bertarikh 3 Februari 2012 dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.

2.         Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor akan menganjurkan Sayembara Jejak Penulis Muda 2012. Antara lain, pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat menulis dikalangan murid sekolah menengah disamping mengumpul bahan-bahan penulisan yang berkualiti untuk diterbitkan.

3.         Pihak sekolah diminta memberikan perhatian dan tindakan bagi program tersebut. Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 23 Mac 2012 (Jumaat). 

4.         Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Shopuan Anuar bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Dakwah di talian 03-5513 5754.

5.         Sokongan dan kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Sila muat turun bahan berkaitan pada pautan dibawah:


Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters