Jumaat, 14 Disember 2012

POST MORTEM PEMANTAUAN PROGRAM j-QAF

Berikut dikongsikan bersama hasil pemantauan program j-QAF yang dilakukan oleh PPD, JPN, dan BPK KPM.
Dari beberapa sekolah yang dipantau dapat pelbagai isu yang dilihat dan dibincangkan. Hasil perbincangan adalah seperti berikut:

1. Pengajaran dan Pembelajaran dalam bidang Ulum Syariah (Akhlak, Sirah, Ibadah dan Akidah) hanya perlu diajar oleh seorang Guru sahaja.

2. Pengajaran dan Pembelajaran dalam bidang Bahasa Arab perlu diagih kepada guru j-QAF yang opsyen minor Bahasa Arab juga bagi mengelakkan guru Opsyen Bahasa Arab terlalu banyak kelas, tetapi boleh diganti dengan program Tasmik kepada guru tersebut.

Contoh seperti dibawah:
Waktu Mengajar Asal Waktu Mengajar yang dicadangkan
bagi Seorang Guru Bahasa Arab bagi Seorang Guru Bahasa Arab
BIL ..KELAS SUBJEK BIL..KELAS SUBJEK
1 Tahun 1A Bahasa Arab 1 Tahun 1A Tasmik
2 Tahun 1B Bahasa Arab 2 Tahun 1B Tasmik
3 Tahun 2A Bahasa Arab 3 Tahun 2A Tasmik
4 Tahun 2B Bahasa Arab 4 Tahun 2B Tasmik
5 Tahun 3A Bahasa Arab 5 Tahun 3A Tasmik
6 Tahun 3B Bahasa Arab 6 Tahun 3B Tasmik
7 Tahun 4A Bahasa Arab 7 Tahun 4A Bahasa Arab
8 Tahun 4B Bahasa Arab 8 Tahun 4B Bahasa Arab
9 Tahun 5A Bahasa Arab 9 Tahun 5A Bahasa Arab
10 Tahun 5B Bahasa Arab 10 Tahun 5B Bahasa Arab
11 Tahun 6A Bahasa Arab 11 Tahun 6A Bahasa Arab
12 Tahun 6B Bahasa Arab 12 Tahun 6B Bahasa Arab
......................Waktu Mengajar yang dicadangkan
......................bagi Seorang Guru j-QAF
......................Opsyen Minor Bahasa Arab
BIL ..KELAS SUBJEK
1 Tahun 1A Bahasa Arab
2 Tahun 1B Bahasa Arab
3 Tahun 2A Bahasa Arab
4 Tahun 2B Bahasa Arab
5 Tahun 3A Bahasa Arab
6 Tahun 3B Bahasa Arab



3. EMK bagi perancangan Harian perlulah pelbagai, iaitu :
Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dikenalpasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Berikut adalah pautan Nota Taklimat Program j-QAF 2013 sebagai rujukan pelaksanaan:
* Bahan Taklimat



Khamis, 6 Disember 2012

Siapa Kita Disisi Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Ada orang yang disukai banyak orang, ada orang yang dibenci banyak orang, ada yang dikenal banyak orang (idola), ada yang tidak dikenal seorang pun.

Ada yang selalu dipuji oleh banyak orang, ada yang selalu diumpat dan dicaci orang banyak.

Kita sedih apabila ada yang membenci diri kita, kita sedih apabila kita sendirian, tiada teman disisi. Kita senang bila banyak kawan disisi kita, kita gembira bila dipuji dan dipuja, disebut-sebut segala kebaikan kita.

Inikah manusia termasuk diri ini? bergelimang dengan kelalaian dan kealpaan? Pernahkan kita berfikir apa tanggapan Allah kepada kita?

Rabu, 5 Disember 2012

Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan



.............Buat semua guru pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor, pada 20hb November 2012 yang lalu saya telah dipanggil ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menerima surat pertukaran dimana saya diminta untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 berkuatkuasa pada 16hb. November 2012. Bagi melakukan proses penyerahan tugas, dan urusan kewangan, penangguhan dilakukan sehingga 4hb. Disember 2012.

.............Maka disini, saya ingin mengambil kesempatan ini, ingin meyuarakan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Warga Pendidikan Daerah Hulu Selangor, khususnya kepada semua yang sering berurusan dengan saya bermula sebagai Penyelia j-QAF dari tahun 2005 hingga tahun 2009, selepas  itu sehingga tahun 2010 sebagai Penyelia Akademik dan selepas itu sehingga tahun 2012 sebagai Penyelia Pendidikan Islam. Kesimpulannnya Ucapan buat semua "Terima Kasih" buat semua selama 8 tahun berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

.............Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t, dengan limpah kuniaanNya, dapat saya berkhidmat di Daerah Hulu Selangor menunaikan amanah yang diberikan disamping bermuamalah dengan anda semua. Saya akui sebagai manusia biasa, sememangnya saya tak terpisah dengan pelbagai kekurangan dan kekhilafan dalam tindak tanduk saya selama ini. Untuk kekurangan dan kekhilafan tersebut, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada insan-insan yang mungkin terluka atau terkesan dengan tindakan saya. 

 .............Untuk semua, izinkan saya memanjangkan kata-kata terkenal Junjungan Besar kita, Rasulullah s.a.w. ketika Baginda merasakan saat-saat akhir hayatnya.....

Jumaat, 12 Oktober 2012

MESYUARAT DAN BENGKEL PENYELARASAN DATA KEAHLIAN PEKDIS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAN DATA E-LAPORAN 6 BULAN KEDUA PROGRAM j-QAF DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2012


Buat Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor

Sukacita dimaklumkan pihak Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor akan
mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:
........................Tarikh : 15 Oktober 2012 (Isnin)
........................Masa..: 8.30 pagi
........................Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
.......................................Tingkat 3 Wisma TNB.
........................(Sila muat turun surat pada pautan di bawah.)

Sehubungan dengan itu, Guru Data Pendidikan Islam di sekolah pihak tuan/puan
diminta menghadiri mesyuarat tersebut dengan membawa peralatan seperti berikut :

........................ i. Komputer riba
 ........................ii. Penyambung wayar
........................ iii. Broadband dan
........................ iv. Pen drive
........................ v. Data Guru Pendidikan Islam termasuk Bahasa Arab dan Elektif
........................ vi. Data ahli Pekdis Sekolah (sila isi borang yang dilampirkan)
........................ vii. Fail berkaitan ahli PEKDIS

Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

PAUTAN SURAT DAN LAMPIRAN

Rabu, 26 September 2012

Download Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025


Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 boleh dimuat turun (download) sekarang di tautan blog ini (di bawah) atau di laman sesawangKementerian Pelajaran (untuk halaman asal) .

Terdapat 11 anjakan utama dalam PPP yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun menerusi 3 fasa.
"Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka.

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan."
Sumber : Berita Harian


Antara 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem adalah : (M/S 22 dalam Laporan)

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

DOWNLOAD LAPORAN DALAM BAHASA MALAYSIA:

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (248 m/s)

DOWNLOAD LAPORAN DALAM BAHASA INGGERIS:

1. Malaysia Education Blueprint 2013-2025

Nota :  Jika sukar merujuk bacaan Huraian Penuh, anda boleh baca Ringkasan Eksekutif. Mudah juga difahami.

Bacaan lain : 

1. Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025?
2. Tweet Majlis Pelancaran Oleh Perdana Menteri

Ahad, 23 September 2012

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI....


WARGA PPD HULU SELANGOR DENGAN PENUH TAKZIM MENDOAKAN AGAR TUAN HJ. SABERI BIN YUSOF (PENGELOLA CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM) DAN ISTERI DIRAHMATI ALLAH PERGI DAN BALIK UNTUK MENUNAIKAN FARDHU HAJI DI MAKKAH.

BELIAU AKAN TERBANG KE BUMI MADINAH PADA 20 SEPTEMBER 2012 DAN KAMI DOAKAN AGAR MEREKA BERDUA BERADA DALAM KESIHATAN YANG AMAT BAIK DAN 

"SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR, AMIN "

Selamat melapor diri Ustaz Mohd Bakhtiar bin Matal

Makluman buat semua warga Daerah Hulu Selangor, khususnya Guru Pendidikan Islam ,
mulai 16 Ogos 2012
Ustaz Mohd Bakhtiar bin Matal telah mengisi jawatan Penolong PPD j-QAF secara perlantikan pegawai pinjaman pentadbiran.
Selamat datang kami ucapkan, semoga semua dapat memberikan kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugasan.


Isnin, 17 September 2012

Perkembangan terbaharu penempatan GDL JQAF



...........Berdasarkan perkembangan terbaharu, penempatan untuk latihan j-Qaf mulai sesi ini tidak sama sebagaimana j-Qaf yang lepas. Kalau dahulu pelatih j-Qaf akan ditempatkan selama setahun setengah di sesebuah sekolah, kemudian selepas tamat latihan mereka akan ditempatkan semula di sekolah yang sama selama 36 bulan barulah mereka layak memohon pertukaran. Namun mulai penempatan kali ini, pindaan perjanjian telah dibuat di mana klausa "bertugas di sekolah yang sama selama 36 bulan selepas latihan" telah ditiadakan.

...........Implikasi dari perubahan itu, pelatih j-Qaf akan menjalani latihan di sekolah yang ditetapkan oleh JPN dan menjelang tamat latihan setahun setengah mereka perlu memohon penempatan negeri melalui IPG tempat latihan itu diadakan, sama sebagaimana pelatih program pendidikan yang lain seperti KPLI, DPLI ataupun PISMP. Ini bermakna mereka bakal ditempatkan di sekolah atau negeri yang memerlukan khidmat dan perjawatan berkenaan di mana-mana di seluruh negara.

...........Merujuk pertanyaan yang sering diajukan kepada pihak kami mengenai perlantikan dan penempatan guru KPLI j-QAF ambilan 2011, berikut dicadangkan agar merujuk terus dengan pegawai berkenaan di jabatan berikut:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Kaunter Aras 3 : 03-88849586
Kaunter Aras 4 : 03-88849370
Fax : 03-88849315
URL: http://www.moe.gov.my/bpsh

Diharap jawapan yang diberikan akan menjawab persoalan yang dikemukakan.

Rabu, 12 September 2012

PROGRAM “WACANA ILMU” KURSUS PEMANTAPAN PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN JAMUAN AIDIL FITRI DAERAH HULU SELANGOR


Sukacita perkara di atas, adalah dirujuki.

02. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan “Wacana Ilmu” Kursus Pemantapan Profesionalisme Dan Kepimpinan Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor kepada Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor pada ketetapan berikut;

Tarikh...: 15 September 2012 Hari : Sabtu
Masa....: 8.30 Pagi - 12.40 Tengahari
Tempat.: Dewan Auditorium Haji Mansor Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Bharu, Selangor 44000, Malaysia

04. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta pihak tuan, menghantar Guru Pendidikan Islam di sekolah tuan bagi merealisasikan program tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan.

05. Kerjasama serta keperihatinan tuan bagi menjayakan program ini amat kami harapkan dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. 
Sekian.


Sila muat turun Surat pada pautan di bawah.

1. Surat panggilan kursus.
Ketua Panitia diminta untuk memaklumkan kepada Ustaz Samsudin 012-6264838; Pengesahan kehadiran dengan menghantar SMS sebelum jam 10 pagi Selasa 11 September 2012 seperti berikut:

"SALAM, SEKOLAH  ? AKAN MENGHANTAR ? ORANG GURU DARIPADA ? ORANG GURU (RUJUK BILANGAN GURU DALAM SURAT KURSUS)"

Bagi Guru yang disahkan dalam perkhidmatan perlu memajukan 
Surat Tunjuk Sebab jika berlaku keuzuran.

NOTA PENTING:  Bagi menghidupkan suasana aidilfitri mesyuarat jawatankuasa PEKDIS Sektariat Daerah Hulu Selangor memutuskan guru pendidikan Islam bagi setiap sekolah perlu membawa jenis kuih seperti pautan berikut:

2. Jenis makanan "portluck"









Selasa, 11 September 2012

SOALAN PENDIDIKAN ISLAM 2012



Berikut dimaklumkan pihak Unit Pendidikan Islam, Daerah Hulu Selangor telah mengedarkan soalan Pendidikan Islam bagi tahun 3,4,5 dan tahun 6 kepada semua sekolah di daerah. Edaran tersebut telah diemail di dalam email sekolah. Sila hubungi pentadbir atau kerani sekolah anda untuk mendapatkan soalan berkenaan.

Soalan tersebut dibina oleh guru-guru cemerlang dari serata negeri Selangor yang berpusat di JPN Selangor.
Kertas soalan yang diedarkan bagi tahun 3,4 dan 5 adalah soalan cadangan yang boleh digunakan oleh pihak  sekolah sebagai soalan akhir tahun 2012.

Bagaimanapun Guru Pendidikan Islam atau Guru j-QAF di sekolah harus JELAS soalan tersebut adalah soalan yang dibina khusus buat sekolah yang perlu sahaja.

Sekiranya ianya tidak memenuhi kehendak guru di sekolah, pihak kami tidak menghalang untuk ianya ditambahbaik atau tidak digunapakai kepada murid di sekolah yang berkenaan.

Perkara ini diingatkan kerana, ada segelintir guru yang sentiasa melihat kekurangan pada soalan yang diedarkan sekian tahun samaada mutu soalan, kesesuaian dengan murid di sekolahnya, ataupun memang gemar memberikan komentar  tanpa bersyukur atas bantuan khidmat yang diberikan.   

Bagi Kertas Soalan tahun 6 pula, ia perlu dilaksanakan ujiannya selaras di negeri Selangor pada hari Selasa bersamaan tarikh 18hb September 2012. Markah menjawab soalan tersebut akan menentukan kelayakan murid untuk kemasukan ke asrama penuh yang punyai aliran Pendidikan Islam.

Sekian terima kasih 
 



Ahad, 12 Ogos 2012

AMALAN 10 MALAM TERAKHIR


DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

A . Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

b. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”


Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.


Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.


Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.


Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.


Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

c. Memperbanyak doa.


Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Sumber: http://tajfarhah86.blogspot.com/2010/dalam-satu-hadis-yang-diriwayatkan-oleh.html

Ahad, 5 Ogos 2012

Ustaz Abu Syafiq - Bahaya Syiah,Wahabi & Ajaran Sesat 1/2

Ustaz Abu Syafiq - Bahaya Syiah,Wahabi & Ajaran Sesat 2/2

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar


                                          
         Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ustaz Zamihan al-Ghari - Hujah Menolak Wahhabiy, Allah Di Langit.

Sabtu, 28 Julai 2012

Pembinaan Contoh Modul PBS T1 Pendidikan Islam Sekolah-sekolah di Daerah Hulu Selangor

     Pada 25hb hingga 27hb Julai 2012, bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, sebagai salah satu aktiviti PEKDIS Daerah Hulu Selangor, satu bengkel pembinaan Contoh Modul PBS T1 Pendidikan Islam telah diadakan khusus untuk membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 itu sendiri. InsyaAllah ianya akan di guna pakai pada Tahun 2013. Kepada semua yang terlibat di ucapkan jutaan terima kasih.

         Bagaimanapun diharapkan guru-guru pendidikan Islam sekolah-sekolah dapat menerima Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai pendekatan yang dapat membangunkan modal Insan dan melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan khususnya kecemerlangan sekolah-sekolah di mana guru-guru berkhidmat.

Rabu, 25 Julai 2012

Contoh Fail PBS T1 Pendidikan Islam


Berikut adalah contoh fail yang terdapat di Sekolah SAM Selisek:


FAIL PBS TINGKATAN 1
SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI SELISEK
44020 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN

1) FAIL INDUK
- Pekeliling-pekeliling
- Carta organisasi

- Maklumat guru

  • Biodata guru
  • Surat lantikan
  • Jadual waktu mengajar

- Perancangan PBS

  • Takwim aktiviti PBS
  • DSP

- Minit mesyuarat jawatankuasa PBS
- Laporan Prestasi tahunan

  • Data murid PBS
  • Analisis Pentaksiran
  • Evidens terbaik

- Laporan pencerapan

  • Jadual pencerapan
  • Laporan pencerapan

- Kes-kes khas

  • Murid yang kerap tidak datang ke sekolah
  • Murid yang tiada maklumat / murid luar Negara
  • Murid berkeperluan khas
  • Kes-kes lain


2) FAIL EVIDENS
- Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.- Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan tugasan dalam bentuk produk atau proses.

3) FAIL INSTRUMEN
- Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

Isnin, 9 Julai 2012

KEM LITERASI AL-QURAN PERINGKAT DAERAH 2012

Sukacita dimaklumkan program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) – 4.30 petang 
Tempat :SK Bukit Sentosa 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghantar 3 orang peserta ke program tersebut. Sila lengkapkan borang pendaftaran di bawah sebelum atau pada 13 Julai 2012.'Sign In' dengan isi 'username dan password' seperti berikut;

Username: samsudin.ppdhs@btpnsel.edu.my
Password:  selangor



Surat siaran boleh dimuat turun dari pautan berikut: SURAT SIARAN.

Sebagai makluman tambahan, guru pengiring peserta akan dilantik menjadi fasilitator dalam program tersebut dan kehadiran sepanjang program adalah di wajibkan. SEMAK

Sabtu, 7 Julai 2012

BENGKEL PEDAGOGI PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2012


Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan minit mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah bil. 1/2012 adalah berkaitan.
2.         Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan mengadakan bengkel yang disebutkan di atas pada ketetapan berikut:
Tarikh                  17 dan 18 Julai 2012
Hari                     Selasa dan Rabu
Masa                   8.30 Pagi — 4.30 Petang
Tempat               PKG Kalumpang
                          44100 Kerling.
3.         Bagi menjayakan bengkel tersebut, mohon jasa baik tuan memberi pelepasan kepada seorang peserta daripada Guru Pendidikan Islam tingkatan satu hadir ke bengkel tersebut.
4.         Peserta-peserta bengkel dikehendaki membawa bersama-sama peralatan dan kemudahan seperti dalam Surat dan Lampiran 1.
5.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj. Saberi bin Yusof ditalian 60651102 Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
6.         Kerjasama dan keperihatinan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Khamis, 21 Jun 2012

BAHAN ELAPORAN 2012



Berikut dimaklumkan bahan elaporan seperti :
Esatu versi 12
Esekolah versi 12
Taklimat Elaporan progran j-QAF\
surat panggilan mesyuarat 22 JUN 2012

telah diemail ke email sekolah yang beralamat kod sekolah@btpnsel.edu.my
harap ambil tindakan dengan kadar SEGERA

MESYUARAT KUTIPAN E-LAPORAN 6 BULAN PERTAMA 2012

Berikut dimaklumkan semua sekolah program j-QAF daerah Hulu Selangor diminta untuk menghantar data e-Pelaporan program j-QAF pada ketentuan berikut:

Tarikh : 22hb Jun 2012
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : PPD Hulu Selangor

Sila muat turun surat pada pautan berikut:

1.Surat panggilan mesyuarat

Jumaat, 8 Jun 2012

PENCALONAN PENULIS DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas dan surat Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPI)5206/3/12J1d.6(14) bertarikh 21 Mei 2012 adalah berkenaan.
  1. Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses mewujudkan database penulis-penulis dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Data tersebut akan digunapakai bagi tujuan bengkel dan kursus penulisan.
  2. Sehubungan itu, sektor ini memohon kerjasama pihak tuan untuk mencalonkan Guru Pendidikan Islam (sila klik Surat Siaran) yang berminat dan berbakat dalam dunia penulisan. Antara kriteria calon adalah seperti berikut:
    1. Pernah menghasilkan penulisan sama ada jurnal atau buku dengan mana-mana penerbitan; awam dan swasta. Atau;
    2. Pernah menulis artikel di majalah-majalah. Atau:
    3. Aktif menghasilkan bahan penerbitan berbentuk buletin, tazkirah atau seumpamanya diperingkat sekolah atau jabatan.
  3. Pencalonan hendaklah menggunakan borang penulis (sila klik) dan dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia melalui faksimili 03-83217337 sebelum atau pada 30 Jun 2012. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Ruzain Syukur b. Mansor, Penolong Pengarah Unit Kepimpinan, Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 019-2103267.
Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Selasa, 29 Mei 2012

PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT ELAPORAN PROGRAM j-QAF 6 BULAN PERTAMA 2012



Berikut adalah dimaklumkan tarikh Mesyuarat Elaporan Program j-QAF 6 Bulan Pertama 2012 telah berubah seperti ketentuan berikut:



Tarikh   : 19 Jun 2012 (Selasa)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
                 Tingkat 3 Wisma TNB.

Diharap ketua panitia Pendidikan Islam dan Guru data pendidikan Islam yang terlibat maklum dan mengambil perhatian dan tindakan di peringkat sekolah masing-masing

Berikut adalah pautan surat:

Isnin, 21 Mei 2012

KUTIPAN DATA E-PELAPORAN j-QAF 2012

Berikut dimaklumkan, bagi Sekolah-sekolah program j-QAF Daerah Hulu Selangor, kutipan data e-Laporan Program j-QAF 6 Bulan pertama akan dikumpulkan di peringkat daerah sebelum atau pada 14 Jun 2012 (Khamis) bertempat di PPD Hulu Selangor.


Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian untuk tujuan tersebut:

1. Bagi tahun 1 & 2, data pencapaian Perlakuan Solat dan Wudhuk dan data pencapaian Al-Quran perlu di isi dalam e-Pelaporan. Manakala data jawi dan Bahasa Arab dikecualikan untuk pengisian dalam e-Pelaporan, tetapi perlu dilaporkan pada laporan pecapaian dalam PBS.
(Program e-Kelas masih belum di bekalkan)

2. Bagi tahun 3,4,5 dan 6, semua data program j-QAF perlu diisi ke dalam E-Kelas. Penyelaras data perlu memuat turun aplikasi e-Kelas dan mengagihkan kepada semua guru bagi tahun yang berkenaan untuk pengisian pencapaian.

3. Aplikasi E-Sekolah akan bekalkan sebelum 10 Jun 2012 bagi pengumpulan data peringkat Sekolah dan penghantaran data ke PPD Hulu Selangor.

Sila muat turun dari pautan berikut:


i.   E-LAPORAN JQAF (Kelas T3-4) V12



3. Segala persoalan berkaitan sila hubungi ustaz Samsudin di talian 03-60641881 / 012-6264838...








Sabtu, 19 Mei 2012

KURSUS PEDAGOGI JAWI SEKOLAH MENENGAH SIRI 7 TAHUN 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan Kursus Pedagogi Jawi Sekolah Menengah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh     : 23 Mei 2012 (Rabu)
Tempat   : PKG Kalumpang
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang.

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk memberi pelepasan kepada dua orang pegawai di sekolah tuan (Ketua Panitia Pendidikan Islam dan seorang guru Pendidikan Islam tingkatan 1) untuk menghadiri kursus tersebut.

Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada Haji Mohd Yazari Bin Subari di talian 0355124116. Kerjasama dan keperihatinan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila muat turun surat arahan pada pautan berikut:

1. SURAT

Rabu, 16 Mei 2012

MAJLIS TAUSIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR 2012


GURU INOVATIF 
MELONJAKKAN TRANSFORMASI 
PENDIDIKAN NEGARA 

Sukacita dimaklumkan, Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamlah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Selangor akan mengadakan sambutan Hari Guru (Guru Pendidikan Islam) negeri Selangor.

Sehubungan itu, sektor ini menjemput semua ahli PEKDIS Daerah Hulu Selangor hadir turut sama hadir pada majlis tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh        :  20 Mei 2012 / 28 Jamadilawal 1433H (Ahad)
Masa         :  08.00 pagi — 2.00 petang
Tempat      :  Dewan Asrama Damai, Rumah Anak-Anak Yatim, Kuang, Selangor.
Kehadiran   :  Wajib, Kehadiran adalah dikira sebagai hadir LADAP
                   (Sila bawa kad Pelaporan Latihan)
Pakaian     :  Baju Batik

Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Saberi Bin Yusof, Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor di talian 012-3858494.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. 

Selasa, 15 Mei 2012

BENGKEL PEMANTAPAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN BENGKEL PENANDAAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan mengadakan bengkel yang disebutkan di atas pada ketetapan berikut:
Tarikh                        17 Mei 2012
Hari                                    Khamis
Masa                       8.30 Pagi — 4.30 Petang
Tempat                     PKG Kalumpang
44100 Kerling.
Sehubungan itu, mohon jasa balk tuan memberi pelepasan kepada seorang Guru Pendidikan Islam bagi menghadiri bengkel tersebut.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj. Saberi bin Yusof ditalian 60651102 Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Putan Surat dan Jadual:
1. SURAT
2. JADUAL
 

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters