Khamis, 18 Ogos 2011

MAKLUMAN DAN BAHAN KURSUS KSSR TAHUN 2

Makluman kepada sekolah Rendah, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut diminta untuk menghantar seorang guru bagi menyertai Kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 bagi tahun 2012.
Begitu juga bagi mata pelajaran Bahasa Arab, semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut diminta untuk menghantar seorang guru bagi menyertai Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 2 bagi tahun 2012.

Makluman kursus adalah seperti berikut:

A. Kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 2:

..................Tarikh  : 5hb hingga 9hb September 2011
..................Masa   : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
..................Tempat : SK Kalumpang

.................
.................Bahan Kursus PI



B. Kursus KSSR Bahasa Arab:

..................Tarikh  : 5hb hingga 9hb September 2011
..................Masa   : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
..................Tempat : PKG Kalumpang

.................
.................Bahan Kursus BA

Sabtu, 13 Ogos 2011

PROGRAM DAKWAH REMAJA ISLAM DAERAH HULU SELANGOR

Pada hari Jumaat, 12hb Ogos 2011, bersamaan 12 Ramadhan 1432 Hijrah, bertempat di Masjid Jamek ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, satu program dakwah kepada remaja Islam telah dianjurkan Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor bersama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.

Program ini berjaya disertai wakil murid daripada 18 buah sekolah menengah termasuk sekolah MRSM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah beriktikaf di masjid, solat sunat Dhuha, solat sunat Tasbih dan ceramah.

Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira jam 2.30 petang selepas semua peserta turut bersolat jumaat di masjid ar-Rahimah itu.

Kepada semua individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung diucapkan jutaan terima kasih.


.............
..................................

RAIKAN PELAJAR PROGRAM j-QAF 2011 PERINGKAT NEGERI SELANGOR


Khamis, 28 Julai 2011 bersamaan 26 Syaban 1432 Hijrah telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Peringkat Negeri Selangor kali ke-3, bagi meraikan murid-murid Program j-QAF yang telah Khatam Al-Quran.

Motto majlis pada kali ini ialah "Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang"

Setiap daerah diwakili oleh 30 peserta dan 6 orang guru pengiring telah berkumpul di Dewan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan. Bagi merealisasikan majlis tersebut, 30 kumpulan dibentuk semula dengan diwakili oleh setiap daerah seorang wakil. Setelah itu setiap kumpulan membaca 1 Juzuk dari Al-Quran dengan setiap pelajar perlu membaca 1/2 atau 1 muka surat Al-Quran. setiap kumpulan dibimbing oleh guru pengiring yang ditugaskan.

Apapun, kepada semua individu yang terlibat diucapkan syabas dan tahniah atas penglibatan dan kerjasama semua dalam menjayakan majlis tersebut.




Khamis, 11 Ogos 2011

TAKLIMAT PERSIAPAN KURSUS KSSR TAHUN 2 P. ISLAM DAN BAHASA ARAB

Berikut dimaklumkan Taklimat Persiapan Kursus KSSR Tahun 2 akan diadakan pada ketentuan berikut khusus untuk Jurulatih dan Urusetia berkaitan:

Tarikh : 11 Ogos 2011
Tempat : PPD Hulu Selangor
Masa  : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang

Sila dapatkan surat pada pautan berikut : Link Surat

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters