Sabtu, 11 Februari 2012

PROGRAM NADWAH KEPEMIMPINAN DAN KEM JATI DIRI

Assalamualaikum w.b.t.
PROGRAM NADWAH KEPEMIMPINAN PELAJAR ISLAM (NKPI) DAN KEM JATI DIRT (KENDIRI ) PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor merancang untuk mengadakan program Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam ( NKPI) dan Kern Jati Diri (KENDIRI) bagi pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (termasuk Kelas KAA) tahun 2012. Tarikh pelaksanaan dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

3  Sehubungan itu, sektor ini mohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar cadangan senarai peserta dari semua sekolah menengah daerah sebelum atau pada 14hb Februari 2012.
MAKLUMAT PENCALONAN PENYERTAAN
1. Kriteria dan bilangan pelajar yang akan menyertai program seperti berikut; 
1.1 Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam (NKPI)
Pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan dan keperibadian yang tinggi/baik , berpotensi dan cemerlang sahsiah dan
akademik.
- Bilangan calon peserta 2 orang setiap sekolah
( seorang lelaki dan  seorang  perempuan ) 
- Perserta yang terpilih di peringkat negeri akan menyertai Nadwah peringkat Kebangsaan
1.2 Kem Jati Diri (KENDIRI )
Pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang rendah, bermasaalah disiplin dan tingkahlaku
Bilangan peserta 2 orang setiap sekolah
seorang lelaki dan  seorang  perempuan ) 




 Sila isi borang dibawah... Online Form powered by

Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters