Rabu, 8 Jun 2011

BERKUALITIKAH PANITIA DI SEKOLAH ANDA?



........Kepentingan kerja berpasukan telah dinyatakan oleh ramai tokoh antaranya Ahmad Zaharuddin (2001) yang menegaskan bahawa pembentukan satu pasukan kerja adalah penting dalam mana-mana organisasi. Malah, pendekatan rakan sekerja dalam jabatan dan antara jabatan pula diprojeksi dapat membantu organisasi bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi dengan cepat.
.......
.Melalui kerja berpasukan juga setiap ahli pasukan didedahkan kepada keseronokan, kekuatan dan keistimewaan bekerja. Melalui kerja berpasukan juga, semua ahli dapat merasakan bahawa mereka bertanggungjawab untuk memajukan organisasi selain seterusnya meningkatkan tahap kepuasan bekerja mereka (Woodcock, 1993).

........Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Pusat Kualiti Antarabangsa (International Quality Study ) pada tahun 1991, iaitu melibatkan 945 orang pengusaha empat bidang industri iaitu automobil, komputer, bank dan pemeliharaan kesihatan daripada 580 syarikat di Kanada, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka kini menjurus dan setiasa merancang ke arah penyertaan kakitangan dalam bentuk pasukan (Krygier, 1993) selaras dengan konsep organisasi pembelajaran oleh Senge (1990) dan Pearn et al. (1995).
.........Merujuk kepada sejarah yang pernah berlaku ini, sepatutnya setiap panitia perlu memanfaatkan kerjasama ahli panitia yang wujud sebaik mungkin. Untuk itu, power point berkaitan panitia berkualiti di bawah boleh dirujuk sebagai panduan bersama.


..................................
Pautan pantia berkualiti

Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters