Rabu, 22 Jun 2011

ANUGERAH SURAU DAN MUSOLLA LIMA BINTANG 2011

Gambar Hiasan
Sukacita dimaklumkan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan pertandingan surau dan musolla bagi Anugerah Surau dan Musolla Lima Bintang kepada sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Pertandingan ini selari dengan Iklim Dinie Kementerian Pelajaran Malaysia. Anugerah ini akan disampaikan pada Hari Anugerah Institusi Pendidikan Agama yang dijadual akan diadakan pada bulan 24 Septernber 2011 nanti.
........Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam memohon kerjasama pihak tuan untuk mencalonkan surau dan musolla bagi mewakili daerah Hulu Selangor dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
.......Sila isi borang online di bawah sebagai makluman daripada pihak sekolah sebelum atau pada 30 Jun 2011.


Dapatkan Skala Pemarkahan di pautan SKALA PEMARKAHAN.
.........Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Saberi Bin Yusof di talian 03-60641926.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


Semak Pencalonan

Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters