Khamis, 8 Mac 2012

MESYUARAT PENGURUSAN KURIKULUM DAN PENGHAKIMAN UJIAN TADARUS AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (MTQSS KPM) PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2012 / 1433H


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

                Tarikh                   :               22 Mac 2012 (Khamis)
                Masa                     :               2.00 petang hingga 5.00 petang
                Tempat                :               Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor
                                                               

3.            Sehubungan dengan itu diminta kepada pihak sekolah memberi perlepasan tugas kepada Guru Pendidikan Islam seperti pautan senarai bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

4.            Bagi melicinkan lagi perjalanan mesyuarat pihak sekolah perlu mengisi dan membawa ke dalam mesyuarat, borang yang dilampirkan bersama makluman ini. Ia adalah berkaitan borang Hakim dan Peserta yang akan menyertai ujian.

5.            Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor di talian 03-6065 1102. Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.



Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters