Isnin, 12 September 2011

PELAKSANAAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 6 AKHIR TAHUN 2011


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh penyelarasan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 6 akhir tahun 2011 untuk semua sekolah di Negeri Selangor pada 20 September 2011,

Untuk makluman tuan, keputusan bagi PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 6 akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Ustazah Sabariah binti Sapari, Penyelia Kanan Pendidikan Islam Teras (Rendah) di talian 03-55135754/013-6710282 dan Ustaz Norazman bin Samid, Penolong Pengarah Kanan j-Qaf di talian 03-55135754/019-2881230.

Sila muat turun fail berikut dan dapatkan kata laluan daripada Ustaz Samsudin Bin Ahmad di talian 012-6264838..

1. SOALAN PKSR BAHASA ARAB
2. SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM


Sila semak kertas jawapan murid dan isi MARKAH dalam SISTEM SAPS sekolah masing-masing sebelum atau pada 30 September 2011.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah dihargai dengan ucapan terima
kasih.

Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters