Isnin, 10 Mei 2010

MAJLIS MTQ PERINGKAT NEGERI SELANGOR







Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah dengan kurnianya dapatlah kita unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama wakil guru, jurulatih dan ajk yang telah dilantik menghantar kontinjen peserta bagi pertandingan tersebut. Walaupun peserta kita hanya mendapat saguhati dalam kesemua acara. Pujian harus diberikan kepada semua yang sudi menjadi wakil Daerah Hulu Selangor. Bagi pihak kami di PPD amatlah mengharapkan semua guru pendidikan Islam di daerah ini mengambil iktibar pada pertandingan yang berlangsung pada tahun ini.
Sebelum ini setiap peserta diberikan laluan untuk menjadi peserta peringkat negeri dengan melalui saringan peringkat sekolah dan negeri. Apapun pada tahun ini, oleh kerana kekurangan dari segi kewangan menyebabkan ia tidak berlaku sedemikian. Pelbagai alasan boleh diberikan untuk menolak semua kelemahan yang ada, tetapi apa yang penting kita harus melihat setiap perancangan perlulah di teliti dan semangat perjuangan dalam mencapai kemenangan harus di pertingkatkan seiring dengan usaha yang ada.
Salam terima kasih untuk semua....

Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters