Ahad, 5 Februari 2012

Penulisan Plan Strategik 2012

Assalamualaikum w.b.t .....

Unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor telah mencadangkan dalam Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan Subjek Elektif Sekolah Menengah Bil. 1/2012 di Sekolah Menengah Bukit Sentosa, bagi memberikan impak yang besar kepada pencapaian murid di sekolah Daerah Hulu Selangor khususnya bagi Panitia subjek berikut:

1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Arab
3. Tasawur Islam
4. Al-Quran Sunnah

Rasional

1. Sesuai dengan maksudnya ia merupakan Proses mengenalpasti objektif organisasi sebagai reaksi kepada peluang dan ancaman dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang digariskan.

2. Sebagai sumber rujukan untuk guru di daerah Hulu Selangor.

Pembahagian Tugasan.

Bagi tujuan tersebut, pihak UPI PPDHS membahagikan tugasan menyediakan plan strategik tersebut mengikut ketetapan berikut:


Catatan : Panitia yang ditugaskan diminta untuk menyerahkan plan strategik yang dirancang ke UPI PPHS pada atau sebelum  30 Mac 2012

Sebagai panduan kepada Panitia berkenaan, disini diberikan contoh Plan Strategik dan Nota berkaitan pada pautan dibawah;







Jumaat, 3 Februari 2012

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH 2012

Assalamualaikum w.b.t.....

Berikut di lampirkan bersama Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Sekolah Menengah bagi Tahun 2012..
Kepada Panitia Pendidikan Islam yang inginkan RPT tersebut boleh klik pautan di bawah:

Rancangan Pelajaran Tingkatan 1
Rancangan Pelajaran Tingkatan 2
Rancangan Pelajaran Tingkatan 3
Rancangan Pelajaran Tingkatan 4
Rancangan Pelajaran Tingkatan 5

BENGKEL SIMULASI PENYEMBELIHAN TAHUN 2012 SIRI KE-TIGA.

Makluman kepada ahli PEKDIS Hulu Selangor....

Sukacita dimaklumkan, Bidang Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor dengan kerjasama PEKDIS Cawangan Selangor akan mengadakan Bengkel Simulasi Penyernbelihan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh         : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa          : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat       : Asrama Damai, RumahAnak-Anak Yatim Kuang.
Yuran     : RM20.00 dikenakan sebagai sumbangan bagi membeli ayam untuk disembelih oleh peserta manakala dagingnya dijadikan hidangan makan tengahari dan disedekahkan kepada penghuni rumah anak-anak yatim(Asrama Damai).

CATATAN : KEPADA YANG BERMINAT SILA BUAT TINDAKAN SEBELUM ATAU PADA 7 FEBRUARI 2012 UNTUK DAPATKAN SURAT PERLEPASAN KE TEMPAT KURSUS

Peserta akan diberikan taklimat cara sembelihan dan ditunjukkan simulasi sembelihan sebenar menyembelih seekor lembu dan seekor kambing. Peserta juga diberi peluang membuat amali sembelihan ayam.

Maklumat Lanjut pada pautan di bawah:

Khamis, 2 Februari 2012

BAHAN MTQSSKPM 2012




BAHAN MTQSSKPM 2012 UNTUK PANDUAN SEMUA SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR
Sila MUAT TURUN bahan-bahan yang berkaitan dengan Pelaksanaan MTQSSKPM 2012

STATUS PENGISIAN BORANG LAPORAN PELAKSANAAN MODUL TRANSISI BAHASA ARAB 2012

Berikut di lampirkan Sekolah-sekolah yang masih GAGAL menghantar email Borang KSSR Bahasa Arab sehingga jam 09.40am 6hb Februari 2012.

Peringatan Pertama
Bagi Sekolah Kebangsaan Program j-QAF yang belum membuat tindakan seperti yang dikehendaki, PERLU DI EMAIL SEPATUTNYA sebelum atau pada 3hb Februari 2012.

Peringatan Kedua
Dukacita kepada sekolah-sekolah dibawah diminta buat tindakan segera selewat-lewatnya pagi Isnin.
Sila rujuk guru data EMIS tentang arahan yang dikeluarkan 
pada 1hb Februari 2012 di Bilik Mesyuarat Utama PPD Hulu Selangor.

Peringatan Ketiga
Arahan di atas adalah arahan dan ingatan kedua. Diminta kepada sekolah bekenaan tidak perlukan kepada peringatan yang seterusnya....Amanah ditangan anda...SILA BUAT TINDAKAN SEGERA 











Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters