.............Buat semua guru pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor, pada 20hb November 2012 yang lalu saya telah dipanggil ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menerima surat pertukaran dimana saya diminta untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 berkuatkuasa pada 16hb. November 2012. Bagi melakukan proses penyerahan tugas, dan urusan kewangan, penangguhan dilakukan sehingga 4hb. Disember 2012.
.............Maka disini, saya ingin mengambil kesempatan ini, ingin meyuarakan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Warga Pendidikan Daerah Hulu Selangor, khususnya kepada semua yang sering berurusan dengan saya bermula sebagai Penyelia j-QAF dari tahun 2005 hingga tahun 2009, selepas itu sehingga tahun 2010 sebagai Penyelia Akademik dan selepas itu sehingga tahun 2012 sebagai Penyelia Pendidikan Islam. Kesimpulannnya Ucapan buat semua "Terima Kasih" buat semua selama 8 tahun berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
.............Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t, dengan limpah kuniaanNya, dapat saya berkhidmat di Daerah Hulu Selangor menunaikan amanah yang diberikan disamping bermuamalah dengan anda semua. Saya akui sebagai manusia biasa, sememangnya saya tak terpisah dengan pelbagai kekurangan dan kekhilafan dalam tindak tanduk saya selama ini. Untuk kekurangan dan kekhilafan tersebut, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada insan-insan yang mungkin terluka atau terkesan dengan tindakan saya.
.............Untuk semua, izinkan saya memanjangkan kata-kata terkenal Junjungan Besar kita, Rasulullah s.a.w. ketika Baginda merasakan saat-saat akhir hayatnya.....
KHUTBAH PERPISAHAN / WADA NABI MUHAMMAD S.A.W PADA 9 ZULHIJJAH,
TAHUN 10 HIJRAH,DI ARAFAH
............."Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku
Katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini... Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari
ini... Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah
suci... Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak...
Jangan lah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami
lagi, ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti
membuat perhitungan diatas segala amalan kamu... Allah telah mengharamkan
riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba di batalkan sekarang...
.............Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu... Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil...
Wahai manusia sebagai mana kamu mempunyai hak isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak di atas kamu... Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,
maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih
sayang... Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia.... Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina...
.............Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku
ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di
bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakanlah
ibadah haji sekiranya kamu mampu...
.............Ketahui bahawa setiap muslim adalah saudara
kepada muslim yang lain, kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh...
.............Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadapi ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan... Oleh itu Awasilah agar
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku... Wahai manusia, tidak ada lagi NABI dan atau RASUL yang akan datang
selepasku dan tidak akan ada lain agama baru... Oleh itu wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu...
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpengang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya... {...ITULAH AL_QURAN dan SUNNAHKU...}
.............
.............Hendaklah orang-orang
yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain... Semoga yang
terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku...
Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada
HAMBA-HAMBAMU... Selepas beberapa ketika, turunlah ayat terakhir, ayat ke 3 surah
AL_MAIDAH..."
3. Diharamkan
kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang
keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang
Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang
mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati
ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu
sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan
(diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir
telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka
melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan
gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama
kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam
itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan
(memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak
melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
.............Sebelum mengakhiri kata-kata, ada baiknya kita sama-sama betulkan niat kita "bertemu dan berpisah kerana Allah" sepertimana satu golongan yang disebutkan dalam hadith dibawah....
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits :
سَبْعةٌ يُظلُّهم اللهُ في ظلِّه يومَ لا ظِلَّ إلا ظلُّه، إمامٌ عادلٌ، وشابٌّ نشأ في عبادةِ اللهِ عزَّ وجلَّ، ورجلٌ قلبُه مُعلّقٌ بالمساجدِ، ورجُلانِ تحابَّا في اللهِ اجتمَعَا عليه وتفرَّقَا عليه، ورجُلٌ دعتْهُ امرأةٌ ذاتُ مَنصِبٍ وجمالٍ فقال إني أخافُ اللهَ، ورجلٌ تصدقَ بصدقةٍ فأخفاهَا حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه، ورجلٌ ذكرَ اللهَ خاليًا ففاضتْ عَيناه"
"Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari dimana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu
pemimpin yang adil,
pemimpin yang adil,
pemuda yang perjalanan hidupnya di atas ketaatan kepada Allah,
laki-laki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid,
dua orang yang mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah karena-Nya,
seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata : sesungguhnya aku takut kepada Allah,
seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan
seseorang yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga meneteslah air matanya"
(HR Bukhari Muslim).
1 ulasan:
selamat maju jaya buat ustaz.
Catat Ulasan