Rabu, 5 Disember 2012

Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan



.............Buat semua guru pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor, pada 20hb November 2012 yang lalu saya telah dipanggil ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menerima surat pertukaran dimana saya diminta untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 berkuatkuasa pada 16hb. November 2012. Bagi melakukan proses penyerahan tugas, dan urusan kewangan, penangguhan dilakukan sehingga 4hb. Disember 2012.

.............Maka disini, saya ingin mengambil kesempatan ini, ingin meyuarakan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Warga Pendidikan Daerah Hulu Selangor, khususnya kepada semua yang sering berurusan dengan saya bermula sebagai Penyelia j-QAF dari tahun 2005 hingga tahun 2009, selepas  itu sehingga tahun 2010 sebagai Penyelia Akademik dan selepas itu sehingga tahun 2012 sebagai Penyelia Pendidikan Islam. Kesimpulannnya Ucapan buat semua "Terima Kasih" buat semua selama 8 tahun berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

.............Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t, dengan limpah kuniaanNya, dapat saya berkhidmat di Daerah Hulu Selangor menunaikan amanah yang diberikan disamping bermuamalah dengan anda semua. Saya akui sebagai manusia biasa, sememangnya saya tak terpisah dengan pelbagai kekurangan dan kekhilafan dalam tindak tanduk saya selama ini. Untuk kekurangan dan kekhilafan tersebut, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada insan-insan yang mungkin terluka atau terkesan dengan tindakan saya. 

 .............Untuk semua, izinkan saya memanjangkan kata-kata terkenal Junjungan Besar kita, Rasulullah s.a.w. ketika Baginda merasakan saat-saat akhir hayatnya.....


KHUTBAH PERPISAHAN / WADA NABI MUHAMMAD S.A.W PADA 9 ZULHIJJAH,
TAHUN 10 HIJRAH,DI ARAFAH

 ............."Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku Katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini... Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini... Wahai manusia,     seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci... Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak... Jangan lah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi, ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu... Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba di batalkan sekarang... 

 .............Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu... Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil... Wahai manusia sebagai mana kamu mempunyai hak isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu... Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang... Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.... Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina... 

 .............Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu... 

 .............Ketahui bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh... 

 .............Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadapi ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan... Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku... Wahai manusia, tidak ada lagi NABI dan atau RASUL yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru... Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu... Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpengang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya... {...ITULAH AL_QURAN dan SUNNAHKU...} 
 .............
 .............Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain... Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku... Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada HAMBA-HAMBAMU... Selepas beberapa ketika, turunlah ayat terakhir, ayat ke 3 surah AL_MAIDAH..."




3. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


 .............Sebelum mengakhiri kata-kata, ada baiknya kita sama-sama betulkan niat kita "bertemu dan berpisah kerana Allah" sepertimana satu golongan yang disebutkan dalam hadith dibawah....

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits :

سَبْعةٌ يُظلُّهم اللهُ في ظلِّه يومَ لا ظِلَّ إلا ظلُّه، إمامٌ عادلٌ، وشابٌّ نشأ في عبادةِ اللهِ عزَّ وجلَّ، ورجلٌ قلبُه مُعلّقٌ بالمساجدِ، ورجُلانِ تحابَّا في اللهِ اجتمَعَا عليه وتفرَّقَا عليه، ورجُلٌ دعتْهُ امرأةٌ ذاتُ مَنصِبٍ وجمالٍ فقال إني أخافُ اللهَ، ورجلٌ تصدقَ بصدقةٍ فأخفاهَا حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه، ورجلٌ ذكرَ اللهَ خاليًا ففاضتْ عَيناه"

"Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari dimana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu
pemimpin yang adil, 
pemuda yang perjalanan hidupnya di atas ketaatan kepada Allah, 
laki-laki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid,
dua orang yang mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah karena-Nya, 
seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata : sesungguhnya aku takut kepada Allah, 
seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan 
seseorang yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga meneteslah air matanya" 
(HR Bukhari Muslim). 




1 ulasan:

efika.blog berkata...

selamat maju jaya buat ustaz.

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters