.............Buat semua guru pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor, pada 20hb November 2012 yang lalu saya telah dipanggil ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menerima surat pertukaran dimana saya diminta untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 berkuatkuasa pada 16hb. November 2012. Bagi melakukan proses penyerahan tugas, dan urusan kewangan, penangguhan dilakukan sehingga 4hb. Disember 2012.
.............Maka disini, saya ingin mengambil kesempatan ini, ingin meyuarakan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Warga Pendidikan Daerah Hulu Selangor, khususnya kepada semua yang sering berurusan dengan saya bermula sebagai Penyelia j-QAF dari tahun 2005 hingga tahun 2009, selepas itu sehingga tahun 2010 sebagai Penyelia Akademik dan selepas itu sehingga tahun 2012 sebagai Penyelia Pendidikan Islam. Kesimpulannnya Ucapan buat semua "Terima Kasih" buat semua selama 8 tahun berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
.............Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t, dengan limpah kuniaanNya, dapat saya berkhidmat di Daerah Hulu Selangor menunaikan amanah yang diberikan disamping bermuamalah dengan anda semua. Saya akui sebagai manusia biasa, sememangnya saya tak terpisah dengan pelbagai kekurangan dan kekhilafan dalam tindak tanduk saya selama ini. Untuk kekurangan dan kekhilafan tersebut, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada insan-insan yang mungkin terluka atau terkesan dengan tindakan saya.
.............Untuk semua, izinkan saya memanjangkan kata-kata terkenal Junjungan Besar kita, Rasulullah s.a.w. ketika Baginda merasakan saat-saat akhir hayatnya.....