Isnin, 17 September 2012

Perkembangan terbaharu penempatan GDL JQAF



...........Berdasarkan perkembangan terbaharu, penempatan untuk latihan j-Qaf mulai sesi ini tidak sama sebagaimana j-Qaf yang lepas. Kalau dahulu pelatih j-Qaf akan ditempatkan selama setahun setengah di sesebuah sekolah, kemudian selepas tamat latihan mereka akan ditempatkan semula di sekolah yang sama selama 36 bulan barulah mereka layak memohon pertukaran. Namun mulai penempatan kali ini, pindaan perjanjian telah dibuat di mana klausa "bertugas di sekolah yang sama selama 36 bulan selepas latihan" telah ditiadakan.

...........Implikasi dari perubahan itu, pelatih j-Qaf akan menjalani latihan di sekolah yang ditetapkan oleh JPN dan menjelang tamat latihan setahun setengah mereka perlu memohon penempatan negeri melalui IPG tempat latihan itu diadakan, sama sebagaimana pelatih program pendidikan yang lain seperti KPLI, DPLI ataupun PISMP. Ini bermakna mereka bakal ditempatkan di sekolah atau negeri yang memerlukan khidmat dan perjawatan berkenaan di mana-mana di seluruh negara.

...........Merujuk pertanyaan yang sering diajukan kepada pihak kami mengenai perlantikan dan penempatan guru KPLI j-QAF ambilan 2011, berikut dicadangkan agar merujuk terus dengan pegawai berkenaan di jabatan berikut:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Kaunter Aras 3 : 03-88849586
Kaunter Aras 4 : 03-88849370
Fax : 03-88849315
URL: http://www.moe.gov.my/bpsh

Diharap jawapan yang diberikan akan menjawab persoalan yang dikemukakan.

Rabu, 12 September 2012

PROGRAM “WACANA ILMU” KURSUS PEMANTAPAN PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN JAMUAN AIDIL FITRI DAERAH HULU SELANGOR


Sukacita perkara di atas, adalah dirujuki.

02. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan “Wacana Ilmu” Kursus Pemantapan Profesionalisme Dan Kepimpinan Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor kepada Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor pada ketetapan berikut;

Tarikh...: 15 September 2012 Hari : Sabtu
Masa....: 8.30 Pagi - 12.40 Tengahari
Tempat.: Dewan Auditorium Haji Mansor Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Bharu, Selangor 44000, Malaysia

04. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta pihak tuan, menghantar Guru Pendidikan Islam di sekolah tuan bagi merealisasikan program tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan.

05. Kerjasama serta keperihatinan tuan bagi menjayakan program ini amat kami harapkan dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. 
Sekian.


Sila muat turun Surat pada pautan di bawah.

1. Surat panggilan kursus.
Ketua Panitia diminta untuk memaklumkan kepada Ustaz Samsudin 012-6264838; Pengesahan kehadiran dengan menghantar SMS sebelum jam 10 pagi Selasa 11 September 2012 seperti berikut:

"SALAM, SEKOLAH  ? AKAN MENGHANTAR ? ORANG GURU DARIPADA ? ORANG GURU (RUJUK BILANGAN GURU DALAM SURAT KURSUS)"

Bagi Guru yang disahkan dalam perkhidmatan perlu memajukan 
Surat Tunjuk Sebab jika berlaku keuzuran.

NOTA PENTING:  Bagi menghidupkan suasana aidilfitri mesyuarat jawatankuasa PEKDIS Sektariat Daerah Hulu Selangor memutuskan guru pendidikan Islam bagi setiap sekolah perlu membawa jenis kuih seperti pautan berikut:

2. Jenis makanan "portluck"









Selasa, 11 September 2012

SOALAN PENDIDIKAN ISLAM 2012



Berikut dimaklumkan pihak Unit Pendidikan Islam, Daerah Hulu Selangor telah mengedarkan soalan Pendidikan Islam bagi tahun 3,4,5 dan tahun 6 kepada semua sekolah di daerah. Edaran tersebut telah diemail di dalam email sekolah. Sila hubungi pentadbir atau kerani sekolah anda untuk mendapatkan soalan berkenaan.

Soalan tersebut dibina oleh guru-guru cemerlang dari serata negeri Selangor yang berpusat di JPN Selangor.
Kertas soalan yang diedarkan bagi tahun 3,4 dan 5 adalah soalan cadangan yang boleh digunakan oleh pihak  sekolah sebagai soalan akhir tahun 2012.

Bagaimanapun Guru Pendidikan Islam atau Guru j-QAF di sekolah harus JELAS soalan tersebut adalah soalan yang dibina khusus buat sekolah yang perlu sahaja.

Sekiranya ianya tidak memenuhi kehendak guru di sekolah, pihak kami tidak menghalang untuk ianya ditambahbaik atau tidak digunapakai kepada murid di sekolah yang berkenaan.

Perkara ini diingatkan kerana, ada segelintir guru yang sentiasa melihat kekurangan pada soalan yang diedarkan sekian tahun samaada mutu soalan, kesesuaian dengan murid di sekolahnya, ataupun memang gemar memberikan komentar  tanpa bersyukur atas bantuan khidmat yang diberikan.   

Bagi Kertas Soalan tahun 6 pula, ia perlu dilaksanakan ujiannya selaras di negeri Selangor pada hari Selasa bersamaan tarikh 18hb September 2012. Markah menjawab soalan tersebut akan menentukan kelayakan murid untuk kemasukan ke asrama penuh yang punyai aliran Pendidikan Islam.

Sekian terima kasih 
 



Ahad, 12 Ogos 2012

AMALAN 10 MALAM TERAKHIR


DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

A . Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

b. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”


Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.


Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.


Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.


Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.


Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

c. Memperbanyak doa.


Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Sumber: http://tajfarhah86.blogspot.com/2010/dalam-satu-hadis-yang-diriwayatkan-oleh.html

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters