Selasa, 11 September 2012

SOALAN PENDIDIKAN ISLAM 2012



Berikut dimaklumkan pihak Unit Pendidikan Islam, Daerah Hulu Selangor telah mengedarkan soalan Pendidikan Islam bagi tahun 3,4,5 dan tahun 6 kepada semua sekolah di daerah. Edaran tersebut telah diemail di dalam email sekolah. Sila hubungi pentadbir atau kerani sekolah anda untuk mendapatkan soalan berkenaan.

Soalan tersebut dibina oleh guru-guru cemerlang dari serata negeri Selangor yang berpusat di JPN Selangor.
Kertas soalan yang diedarkan bagi tahun 3,4 dan 5 adalah soalan cadangan yang boleh digunakan oleh pihak  sekolah sebagai soalan akhir tahun 2012.

Bagaimanapun Guru Pendidikan Islam atau Guru j-QAF di sekolah harus JELAS soalan tersebut adalah soalan yang dibina khusus buat sekolah yang perlu sahaja.

Sekiranya ianya tidak memenuhi kehendak guru di sekolah, pihak kami tidak menghalang untuk ianya ditambahbaik atau tidak digunapakai kepada murid di sekolah yang berkenaan.

Perkara ini diingatkan kerana, ada segelintir guru yang sentiasa melihat kekurangan pada soalan yang diedarkan sekian tahun samaada mutu soalan, kesesuaian dengan murid di sekolahnya, ataupun memang gemar memberikan komentar  tanpa bersyukur atas bantuan khidmat yang diberikan.   

Bagi Kertas Soalan tahun 6 pula, ia perlu dilaksanakan ujiannya selaras di negeri Selangor pada hari Selasa bersamaan tarikh 18hb September 2012. Markah menjawab soalan tersebut akan menentukan kelayakan murid untuk kemasukan ke asrama penuh yang punyai aliran Pendidikan Islam.

Sekian terima kasih 
 



Tiada ulasan:

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters