Pada 25hb hingga 27hb Julai 2012, bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, sebagai salah satu aktiviti PEKDIS Daerah Hulu Selangor, satu bengkel pembinaan Contoh Modul PBS T1 Pendidikan Islam telah diadakan khusus untuk membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 itu sendiri. InsyaAllah ianya akan di guna pakai pada Tahun 2013. Kepada semua yang terlibat di ucapkan jutaan terima kasih.
Bagaimanapun diharapkan guru-guru pendidikan Islam sekolah-sekolah dapat menerima Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai pendekatan yang dapat membangunkan modal Insan dan melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan khususnya kecemerlangan sekolah-sekolah di mana guru-guru berkhidmat.
1 ulasan:
Salam, sekadar ingin berkongsi Borang Transit PBS yang fleksibel untuk semua subjek. Lawati http://eformrpm-pbs.blogspot.com/2013/02/pengenalan.html
Catat Ulasan