Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas dan surat Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPI)5206/3/12J1d.6(14) bertarikh 21 Mei 2012 adalah berkenaan.
- Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses mewujudkan database penulis-penulis dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Data tersebut akan digunapakai bagi tujuan bengkel dan kursus penulisan.
- Sehubungan itu, sektor ini memohon kerjasama pihak tuan untuk mencalonkan Guru Pendidikan Islam (sila klik Surat Siaran) yang berminat dan berbakat dalam dunia penulisan. Antara kriteria calon adalah seperti berikut:
- Pernah menghasilkan penulisan sama ada jurnal atau buku dengan mana-mana penerbitan; awam dan swasta. Atau;
- Pernah menulis artikel di majalah-majalah. Atau:
- Aktif menghasilkan bahan penerbitan berbentuk buletin, tazkirah atau seumpamanya diperingkat sekolah atau jabatan.
- Pencalonan hendaklah menggunakan borang penulis (sila klik) dan dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia melalui faksimili 03-83217337 sebelum atau pada 30 Jun 2012. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Ruzain Syukur b. Mansor, Penolong Pengarah Unit Kepimpinan, Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 019-2103267.
Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan