Jumaat, 31 Mei 2013

TRAGEDI 28 MEI 2013

Selasa, 28hb Mei 2013, tiga orang anak kepada Ustazah Shariffah Binti Said GPI SK Rasa, telah mengalami kemalangan. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pada jam 9.00 pagi dimana tiga orang anak tersebut yang sedang menunggang motorsikal telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju di taman perumahan di Taman Antara Gapi Selangor. 

Sehingga kini ketiga anak tersebut masih terlantar di hospital Sungai Buloh, Arif 13 tahun sedikit pendarahan di kepala, Dina 9 tahun koma dan adik bongsunya 5 tahun, patah rahang dan peha.

Berikut adalah sedikit perbualan yang diprint screen oleh blogger di facebook 31hb Mei 2013:


Blogger dengan rasa rendah hati ingin meminta kepada sesiapa yang mengenali beliau, sama-sama mendoakan agar anak-anak beliau kembali pulih dari kemalangan tersebut. Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada beliau khususnya dari kalangan ahli PEKDIS Hulu Selangor boleh menghubungi terus kepada Bendahari Sekretariat PEKDIS Hulu Selangor ditalian 012-6264838 (Ustaz Samsudin Ahmad)


Rabu, 1 Mei 2013

CADANGAN soalan-soalan pertengahan tahun P.Islam tahun 4, 5 dan 6 2013



Berikut dimaklumkan CADANGAN soalan-soalan pertengahan tahun P.Islam tahun 4, 5 dan 6 telah diemail ke email sekolah masing-masing  dialamat kod sekolah.btpnsel.edu.my

Penjelasan: Soalan-soalan P.Islam untuk tahun 4, 5 dan 6 yang telah disediakan oleh JPS adalah sebagai cadangan sahaja.  Guru Pendidikan Islam boleh menggunakan soalan tersebut sepenuhnya dengan keputusan Panitia atau boleh juga diubahsuai sesuai dengan keupayaan murid disekolah bagi merealisasikan soalan berasaskan sekolah.

Kulit soalan dibuat sendiri mengikut identiti sekolah masing-masing.

Sekian Terima Kasih

Sabtu, 13 April 2013

Keputusan penuh MTQSS Selangor 2013




Tilawah Men L
Johan : Petaling Utama
Kedua : Klang
Ketiga: Hulu Langat

Tilawah Men P
Johan: Hulu Langat
Kedua: Sepang
Ketiga: Gombak

Tilawah Ren L
Johan : Sabak Bernam
Kedua : Hulu Langat
Ketiga : Petaling Perdana

Tilawah Ren P
Johan : Hulu Langat
Kedua : Hulu Selangor
Ketiga : Kuala Langat

Hafazan L Ren
Johan : Hulu Langat
Kedua : Hulu Selangor
Ketiga : Kuala Selangor

Hafazan P Ren
Johan : Petaling Perdana
Kedua : Hulu Langat
Ketiga : Kuala Selangor

Hafazan L Men
Johan: Gombak
Kedua: Kuala Selangor
Ketiga: Hulu Langat

Hafazan P Men
Johan: Hulu Langat
Kedua: Kuala Langat
Ketiga: Klang

Bercerita L
Johan: Petaling Perdana
Kedua: Kuala Langat
Ketiga : Hulu Langat

Bercerita P
Johan: Klang
Kedua: Petaling Perdana
Ketiga: Hulu Langat

Syarahan L
Johan: Petaling Perdana
Kedua: Gombak
Ketiga: Kuala Langat

Syarahan P
Johan : Petaling Perdana
Kedua : Hulu Langat
Ketiga: Klang

Selasa, 26 Mac 2013

Balasungkawa Mac 2013

Al Fatihah. Satu lagi permata ilmuan Islam pergi meninggalkan kita. Dukacita dimaklumkan bahawa Dr Muhammad Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur. Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan para Solihin. Amin.

Ahad, 17 Mac 2013

BALASUNGKAWA 2013


...............Berikut dimaklumkan pada 17 Mac 2013, bersamaan 5 Jamadil Awal 1434H, salah seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Batang Kali telahpun kembali kerahmatullah iaitu SALINAH BT MOHD SHARIF. Dikhabarkan Jenazah ditanam di perkuburan di Gombak selepas Zohor. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman dan dicucuri rahmat. 

Sama-sama kita lafazkan ummul kitab buat rohnya, al-Fatihah....


Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters