Selasa, 26 Julai 2011

MASIH ADA GURU DATA SEKOLAH YANG BELUM ISI TARIKH KBS 2011

Dukacita dimaklumkan, masih kedapatan sekolah yang masih gagal mengisi tarikh-tarikh pelaksanan Kem Bestari Solat bagi tahun 2011. Diharap dapat bertindak SEGERA. Sepatutnya sekolah telah mengisi borang On-Line berkenaan sebelum 20 Julai 2011. Bagi yang telah menghantar, ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Khamis, 21 Julai 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Program j-QAF Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011

Gambar Hiasan


Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Program j-QAF Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.
3 Buah sekolah terpilih untuk menghantar peserta ke Majlis tersebut:
1. Sekolah Kebangsaan Kerling
2. Sekolah kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
3. Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu

Bagi sekolah berkenaan, sila muat turun surat dan lampiran pada pautan di bawah.
..........
Surat Peserta...............Surat Guru Pengiring.....Lampiran Nama

Segala kerjasama anda diucapkan jutaan terima kasih.

Jumaat, 8 Julai 2011

PENGISIAN TARIKH KBS SEKOLAH RENDAH HULU SELANGOR

Gambar Hiasan

Pada 5hb. Julai 2011, satu mesyuarat khas perlaksanaan program j-QAF peringkat Negeri Selangor bertempat di PKG Sabak Bernam memutuskan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh Kem Bestari Solat di peringkat sekolah. Ini berlaku kerana terdapat kekeliruan samaada Perlaksanaan KBS patut diadakan 4 kali setahun atau 2 kali setahun.

Sehubungan dengan itu, sekolah perlu maklum bahawa KBS perlu dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004

Borang online bagi mendapatkan maklumat tarikh-tarikh berkenaan disediakan di bawah.
Pihak sekolah diminta untuk mengisi borang berkenaan sebelum atau pada 20hb Julai 2011.



Semak Pengisian Takwim KBS

Khamis, 23 Jun 2011

DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM


Unit Pendidikan Islam sedang mengemaskini data Guru Pendidikan Islam Rendah dan Menengah serta data Guru j-QAF. Sila buat tindakan dengan mengisi borang online di pautan di bawah sebelum atau pada 30 JUN 2011.


Kami juga memohon pihak tuan menghantar semula Borang Akuan Pengisian Maklumat Online seperti lampiran BORANG B yang telah dilengkapkan ke PPD Hulu Selangor, U.P: Ustaz Samsudin Bin Ahmad pada tarikh yang sama.

Sekian Terima Kasih

Rabu, 22 Jun 2011

ANUGERAH SURAU DAN MUSOLLA LIMA BINTANG 2011

Gambar Hiasan
Sukacita dimaklumkan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan pertandingan surau dan musolla bagi Anugerah Surau dan Musolla Lima Bintang kepada sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Pertandingan ini selari dengan Iklim Dinie Kementerian Pelajaran Malaysia. Anugerah ini akan disampaikan pada Hari Anugerah Institusi Pendidikan Agama yang dijadual akan diadakan pada bulan 24 Septernber 2011 nanti.
........Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam memohon kerjasama pihak tuan untuk mencalonkan surau dan musolla bagi mewakili daerah Hulu Selangor dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
.......Sila isi borang online di bawah sebagai makluman daripada pihak sekolah sebelum atau pada 30 Jun 2011.


Dapatkan Skala Pemarkahan di pautan SKALA PEMARKAHAN.
.........Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Saberi Bin Yusof di talian 03-60641926.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


Semak Pencalonan

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters