Selasa, 27 Ogos 2013

BAHAN E PELAPORAN PROGRAM j-QAF 2013

Berikut adalah pautan rasmi bagi mendapatkan bahan muat turun perogram e-pelaporan j-QAF 2013
Diharap semua sekolah yang berkenaan dapat membuat tindakan bagi muat turun dan pengisian borang tersebut.

Sila klik gambar Bahan muat turun:
 

Sabtu, 27 Julai 2013

BALASUNGKAWA JULAI 2013

.................Jumaat, 26hb Julai 2013, tepat Jam 4.30 petang dimaklumkan Ustazah Siti Khairiah Binti Kamarul Zaman telah kembali ke rahmatullah di sisi keluarganya di Batu 16 Rawang. Jenazahnya akan dikebumikan pada 9.30  pagi 27hb Julai di perkuburan Islam disana. 

.................Mula bertugas pada tanggal 26 Februari 2006 di Sekolah Kebangsaan Kerling sebagai guru j-QAF. Perkhidmatan beliau sebagai guru opsyen Bahasa Arab sememangnya diperlukan di sekolah SK Kerling dan pernah dilantik menjadi Jurulatih Utama Daerah bagi menguruskan data E-Laporan j-QAF daerah Hulu Selangor. Arwah juga sering aktif menjadi Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan inayah ke atas rohnya. Al-Fatihah........


Jumaat, 31 Mei 2013

TRAGEDI 28 MEI 2013

Selasa, 28hb Mei 2013, tiga orang anak kepada Ustazah Shariffah Binti Said GPI SK Rasa, telah mengalami kemalangan. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pada jam 9.00 pagi dimana tiga orang anak tersebut yang sedang menunggang motorsikal telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju di taman perumahan di Taman Antara Gapi Selangor. 

Sehingga kini ketiga anak tersebut masih terlantar di hospital Sungai Buloh, Arif 13 tahun sedikit pendarahan di kepala, Dina 9 tahun koma dan adik bongsunya 5 tahun, patah rahang dan peha.

Berikut adalah sedikit perbualan yang diprint screen oleh blogger di facebook 31hb Mei 2013:


Blogger dengan rasa rendah hati ingin meminta kepada sesiapa yang mengenali beliau, sama-sama mendoakan agar anak-anak beliau kembali pulih dari kemalangan tersebut. Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada beliau khususnya dari kalangan ahli PEKDIS Hulu Selangor boleh menghubungi terus kepada Bendahari Sekretariat PEKDIS Hulu Selangor ditalian 012-6264838 (Ustaz Samsudin Ahmad)


Rabu, 1 Mei 2013

CADANGAN soalan-soalan pertengahan tahun P.Islam tahun 4, 5 dan 6 2013



Berikut dimaklumkan CADANGAN soalan-soalan pertengahan tahun P.Islam tahun 4, 5 dan 6 telah diemail ke email sekolah masing-masing  dialamat kod sekolah.btpnsel.edu.my

Penjelasan: Soalan-soalan P.Islam untuk tahun 4, 5 dan 6 yang telah disediakan oleh JPS adalah sebagai cadangan sahaja.  Guru Pendidikan Islam boleh menggunakan soalan tersebut sepenuhnya dengan keputusan Panitia atau boleh juga diubahsuai sesuai dengan keupayaan murid disekolah bagi merealisasikan soalan berasaskan sekolah.

Kulit soalan dibuat sendiri mengikut identiti sekolah masing-masing.

Sekian Terima Kasih

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters