Jumaat, 6 Januari 2012

PAUTAN BAHAN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB


Ahad, 1 Januari 2012

TAKWIM UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD HULU SELANGOR TAHUN 2012



Assalamualaikum w.b.t....


Selamat menempuhi tahun baru 2012, semoga hari yang mendatang mematangkan lagi usia kita dan memberi manfaat bagi bekalan kita menuju alam yang abadi di akhirat nanti.

Teruskan sikap dan perancangan anda yang positif dalam mengoptimumkan fungsi panitia Pendidikan Islam di sekolah. Pelbagai halangan dan rintangan yang ditempuhi biarlah menjadi titik renungan kita bersama dan menjadikannya sebagai sempadan dan berwaspada terhadap cabaran-cabaran itu.

Berikut adalah pautan takwim Unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor sebagai rujukan dan tindakan Panitia Pendidikan Islam sekolah anda.




TAKWIM UPI

Selasa, 29 November 2011

STATUS PENERIMAAN BORANG SMKA BAGI TAHUN 2012

Makluman kepada pentadbir sekolah daerah Hulu Selangor, tarikh tutup penghantaran borang SMKA ke PPD adalah pada 24 November 2011. Sehingga 28 November 2011, Unit Pendidikan Islam ingin memaklumkan terdapat 10 buah sekolah yang telah menghantar borang berkenaan. Senarai sekolah adalah seperti berikut:


Rabu, 16 November 2011

SESI POST MORTEM PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) BAGI TAHUN 2011 DAN PERANCANGAN PEMANTAPAN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berhasrat untuk mengadakan sesi post mortem pelaksanaan Program Sekolah Angkat bagi tahun 2011 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh....:...17 November 2011 (Khamis)
Masa..... :...8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  :...Masjid Asy Syarif Pekan Meru
..................Persiaran Hamzah Alang Meru
..................42200 Kapar, Selangor


Sehubungan itu, pihak Jabatan Pelajaran Selangor memohon kerjasama pihak tuan untuk menjemput Penyelaras Program Sekolah Angkat sekolah tuan untuk hadir sesi post mortem tersebut.Sila muat turun surat berkaitan dengan klik pautan di bawah.

Surat Post Morterm Zakat

Sekolah yang terlibat dalam daerah Hulu Selangor

1
SK SOEHARTO
2
SK BANDAR UTAMA BATANG KALI
3
SK SERENDAH
4
SK SUNGAI BUAYA
5
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
6
SMK SOEHARTO
7
SMK GEDANGSA
8
SMK BANDAR UTAMA BATANG KALI
9
SMK SERENDAH
10
SMK SYED MASYHOR BATANG KALI
11
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

Jumaat, 11 November 2011

PROGRAM MAHRAJAN j-QAF NEGERI SELANGOR KALI KE-5


Tahun 2011, Daerah Hulu Selangor terpilih untuk menjadi tuan rumah Mahrajan (Ihtifal) j-QAF peringkat Negeri Selangor kali ke-5 di Kem Bina Semangat Ampang Pecah. 


Urus Setia yang dilantik adalah dikalangan Sekolah Program j-QAF daerah Hulu Selangor. Manakala Hakim pertandingan dipilih dari     semua daerah yang bertanding. 10 Daerah di Negeri Selangor akan menghantar peserta bagi pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab, Kalam Jamaie, Kuiz dan Tilawah. 


Sokongan dan doa warga daerah Hulu Selangor amat didambakan oleh kontinjen Hulu Selangor bagi mendapat pencapaian yang diimpikan khususnya buat semua peserta yang kuat berlatih serta jurulatih Sekolah yang terpilih.


SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN......INSYAALLAH..


Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters