Isnin, 3 Oktober 2011

SOALAN PKSR P. ISLAM TAHUN 2 HINGGA 5 AKHIR TAHUN 2011

Kepada semua Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor..


Makluman berkaitan Soalan PKSR Pendidikan Islam Tahun 2 hingga 5, sila muat turun pada pautan berikut:

Soalan Pendidikan Islam Akhir Tahun SK
Soalan Pendidikan Islam Akhir Tahun SK j-QAF
Soalan Pendidikan Islam Akhir Tahun SJK CTA


Manakala Soalan Bahasa Arab bagi Tahun 2 hingga 5 sila muat turun pada pautan berikut:

SOALAN PKSR BAHASA ARAB AKHIR TAHUN


DAPATKAN KATA LALUAN DARIPADA ;
USTAZ SAMSUDIN AHMAD
PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR
DI TALIAN 03-60641881 / 012-6264838

Selasa, 27 September 2011

PERMOHONAN KPLI-SR j-QAF AMBILAN 2012

Sila klik pautan di bawah.

http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/

Sila dapatkan No. PIN di Bank Simpanan Nasional(BSN)
Nota penting ; Permohonan di Buka 25 September 2011 dan Tutup pada 25 Oktober 2011

Isnin, 26 September 2011

DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM

Dukacita dimaklumkan, masih kedapatan guru pendidikan Islam yang gagal mengisi data secara online di laman blog ini. Sebagai makluman guru pendidikan Islam termasuk juga guru Bahasa Arab dan Guru KKQ di sekolah.

Sehubungan dengan itu, di maklumkan status pengisian data terkini pada 26 September 2011. Pihak sekolah diminta untuk menyemak nama guru yang gagal mengisi dengan menyemak pengisian dibawah.

Sila rujuk pautan berikut:









STATUS GPI 

Senarai Guru yang telah mengisi:

SEKOLAH RENDAH


SEKOLAH MENENGAH


Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor amat berharap kerjasama agar semua semua Guru Pendidikan Islam mengisi data secara online ini.

Ahad, 25 September 2011

KEPUTUSAN MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI BIL 2/2011 DAERAH HULU SELANGOR

Sukacita dimaklumkan, berdasarkan keputusan mesyuarat pengurusan Panitia Pendidikan Islam 23 September 2011 yang lalu, mesyuarat sebulat suara memutuskan perkara-perkara berikut, diantaranya ialah:

1. Pasukan bagi mewakili acara Dikir Barat Bahasa Arab (20 murid) dan Kalam Jamaie (30 murid) bagi Program Mahrajan j-QAF masih dibuka penyertaannya kepada semua sekolah untuk menyertainya sehingga Selasa, 27 September 2011 

*catatan : bilangan murid tertakluk kepada syarat terkini Pertandingan yang akan dimaklumkan pada 28 September 2011.

2. Bagi program Kem Literasi Al-Quran khusus kepada murid tahap 1 (tahun 2 & 3). Pihak sekolah diminta untuk menghantar tidak melebihi 4 orang dan sekurang-kurangnya 2 orang murid tahap satu ke tempat kem yang akan ditentukan kemudian. 

Untuk tujuan tersebut pihak sekolah diminta untuk membuat pendaftaran murid tersebut secara online pada borang di bawah.

Jumaat, 23 September 2011

ILMU YANG BERMANFAAT AKAN MENGUBAH MANUSIA LEBIH BERTAKWA

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters