Jumaat, 3 Jun 2011

KURSUS SEMBELIHAN HALAL GULAI DAN NASI KAWAH


Kepada sesiapa yang berminat, khususnya guru Pendidikan Islam yang ingin mengikuti kursus sembelihan halal dan masakan gulai kawah ayam berempah di bawah anjuran Masjid Jamek ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Selangor, JKKK Ampang Pecah dan JKKK Kuala Kubu Bharu.

Isnin, 23 Mei 2011

FIQH AULAWIYAT.....



Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah sekalian, hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua satu kertas kerja yang bertajuk FIQH AULAWIYAT yang mana ia telah dibentangkan sebelum ini oleh Ustaz Hafiz Mansor ( timbalan presiden PMRAM ) dalam program kursus kepimpinan organisasi taakhi 2007 di rumah Badan Kebajikan Anak Negeri Pahang,Kompleks Hayyu 'Asyir,Kaherah Mesir. FIQH AULAWIYAT merupakan satu ilmu yang amat penting dan mesti diketahui oleh setiap org islam pada masa kini, dimana dengannya barulah kita dapat menentukan sesuatu keputusan atau pilihan kepada sesuatu perkara.Hari ini masalah yg berlaku pada kita,adalah kita tak dapat nak menentukan segale perkare yang hendak kita lakukan mengikut keutamaannya sehinggakan berlakunya suatu keputusan yang sepatutnya diutamakan tetapi di tinggalkan atau dilambatkan. contohnya : di dalam perkare jihad fi sabilillah, dalam hal ini jika kita diperintahkan untuk berjihad menentang musuh islam, dalam mase yang same ibu dan bapa kita tidak memberikan keizinan untuk pergi berperang.Maka di sini timbulnya satu pertembungan diantara pergi atau pun tidak. Dan inilah perkara yang akan saye utarakan kepada sahabat2 semua agar kita semua mendapat gambaran tentangnya dan yang lebih baik adalah kita mempelajiranya secara khusus dengan org yang arif mengenai perbahasan FIQH AULAWIYAT ini.

Selasa, 17 Mei 2011

PROGRAM j-QAF: BAHAN YANG PERLU DIMUAT TURUN

Makluman buat Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Berikut dimaklumkan pautan bahan-bahan E-Laporan Versi 11 yang perlu dimuat turun oleh pihak sekolah rendah. Segala pertanyaan bolehlah merujuk kepada Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor.


Soalan Ujian Jawi Program j-QAF


Sabtu, 14 Mei 2011

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters