Rabu, 13 Oktober 2010

MESYUARAT DATA E-LAPORAN 6 BULAN KEDUA PROGRAM J-QAF

Assalamualaikum,

Makluman untuk sekolah-sekolah program j-QAF.

Sukacita dimaklumkan, bahawa Unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Oktober 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Tingkat 3, Wisma TNB

Guru Data Pendidikan Islam dijemput menghadiri mesyuarat tersebut .

Guru yang terlibat diminta membawa bersama:
i. Komputer riba
ii. wayar penyambung
iii. Rumusan Pencapaian E-Laporan Sekolah(salinan yang disahkan).

Segala kerjasama dan kprihatinan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

sekian

Isnin, 11 Oktober 2010

MESYUARAT AJK PELAKSANA KEM BINA JUARA & LITERASI AL-QUR'AN DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum

Makluman kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Oktober 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Lembah Beringin

Agenda Mesyuarat

1. Ucap utama PPD
2. Ucapan Pengerusi
3. Data elaporan 6 bulan pertama j-QAF
4. Taklimat pelaksanaan dan Pelantikan AJK
5. Hal-hal lain


Pesanan penting kepada Pentadbir Sekolah : Sila berikan pelepasan awal kepada guru yang terlibat dengan mesyuarat selewat-lewatnya jam 12.30 tgh, khususnya bagi sekolah yang melebihi 30km.

kerjasama tuan/puan amat dihargai.



Sekian terima kasih

Isnin, 27 September 2010

Masalah serangan spam

Salam Syawal buat semua muslimin dan muslimat... dukacita dimaklumkan laman blog ini baru sahaja diserang spam. Harap Maaf kepada pengguna... Apapun Selamat Hari Raya.... dan Maaf Zahir Batin...

Khamis, 22 Julai 2010

DATA YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA JULAI 2010

Assalamualaikum wbt. kami di unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua sekolah dalam mengisi data maklumat PKSR tahun 2009 dan Maklumat Guru Pendidikan Islam Tahun 2010.

Bagi sekolah yang belum membuat tindakan, pihak kami ingin mengingatkan tindakan tuan puan amat berkait rapat dengan Laporan yang perlu kami laporkan ke peringkat Jabatan Negeri Selangor.

Sebarang permasalahan yang berlaku bolehlah dirujuk terus kepada Ustaz Samsudin atau Ustaz Norhisyam di talian 03-60641881 bahagian Unit Akademik PPD Hulu Selangor.

Untuk itu juga kami ingin pihak tuan untuk mengisi Laporan PKSR 2010 menggunakan borang yang disediakan dalam In Box Gmail: unitpihs@gmail.com

Sebagai makluman Format Laporan PKSR yang ada di didalam Elaporan boleh dirujuk bagi memudahkan Laporan tuan dibuat.

Sekian Terima Kasih

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters