Isnin, 11 Oktober 2010

MESYUARAT AJK PELAKSANA KEM BINA JUARA & LITERASI AL-QUR'AN DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum

Makluman kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Oktober 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Lembah Beringin

Agenda Mesyuarat

1. Ucap utama PPD
2. Ucapan Pengerusi
3. Data elaporan 6 bulan pertama j-QAF
4. Taklimat pelaksanaan dan Pelantikan AJK
5. Hal-hal lain


Pesanan penting kepada Pentadbir Sekolah : Sila berikan pelepasan awal kepada guru yang terlibat dengan mesyuarat selewat-lewatnya jam 12.30 tgh, khususnya bagi sekolah yang melebihi 30km.

kerjasama tuan/puan amat dihargai.



Sekian terima kasih

Isnin, 27 September 2010

Masalah serangan spam

Salam Syawal buat semua muslimin dan muslimat... dukacita dimaklumkan laman blog ini baru sahaja diserang spam. Harap Maaf kepada pengguna... Apapun Selamat Hari Raya.... dan Maaf Zahir Batin...

Khamis, 22 Julai 2010

DATA YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA JULAI 2010

Assalamualaikum wbt. kami di unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua sekolah dalam mengisi data maklumat PKSR tahun 2009 dan Maklumat Guru Pendidikan Islam Tahun 2010.

Bagi sekolah yang belum membuat tindakan, pihak kami ingin mengingatkan tindakan tuan puan amat berkait rapat dengan Laporan yang perlu kami laporkan ke peringkat Jabatan Negeri Selangor.

Sebarang permasalahan yang berlaku bolehlah dirujuk terus kepada Ustaz Samsudin atau Ustaz Norhisyam di talian 03-60641881 bahagian Unit Akademik PPD Hulu Selangor.

Untuk itu juga kami ingin pihak tuan untuk mengisi Laporan PKSR 2010 menggunakan borang yang disediakan dalam In Box Gmail: unitpihs@gmail.com

Sebagai makluman Format Laporan PKSR yang ada di didalam Elaporan boleh dirujuk bagi memudahkan Laporan tuan dibuat.

Sekian Terima Kasih

Isnin, 7 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI PANJANG

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t... bersyukur kita sebagai guru bercuti sempena cuti persekolahan dan kami ucapkan selamat bercuti. Namun tahniah juga diucapkan kepada guru yang masih bertugas semasa cuti persekolahan ini... semoga Allah merahmati usaha dan amal guru-guru ini....

Dikesempatan ini, saya memohon jasa baik ketua panitia Pendidikan Islam, untuk mengarahkan kepada guru data pendidikan Islam melayari laman sesawang di alamat www.4shared.com dan sila download folder yang berkaitan....

Sekiranya diperlukan ID Email sila isi: unitpihs@gmail.com dan Password: elaporan...

Arahan utama: Sila isi data ESATU hingga EENAM bagi persediaan mesyuarat di PPDHS pada 24 JUN 2010... Jika ada sebarang masalah berkaitan sila hubungi unit pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor...

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters