Sabtu, 14 Januari 2012

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, DAN SUBJEK ELEKTIF RENDAH DAN MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR 2012 KALI PERTAMA


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor akan melaksanakan mesyuarat ini berdasarkan ketetapan berikut:

Panitia Pendidikan Islam Rendah

Tarikh : 19 Januari 2012
Masa : 2.00 Petang
Tempat : SK Batang Kali

Panitia Pendidikan Islam Dan Elektif (Bhs Arab/Tasawwur Islam/Syariah Islamiah/Al-Quran/Sunnah) Menengah

Tarikh : 31 Januari 2012
Masa : 2.00 Petang
Tempat : SMK Bukit Sentosa

Sehubungan dengan itu, Ketua Panitia/Guru Cemerlang/Jurulatih Utama/Guru Sumber mata pelajaran perlu hadir ke mesyuarat tersebut dan membawa minit mesyuarat yang lalu.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, tuan boleh menghubungi Tuan Haji Saberi bin Yusof , Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPDHS di talian 03-6064 1881.

Pautan Dokumen:-




Jumaat, 6 Januari 2012

PAUTAN BAHAN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB


Ahad, 1 Januari 2012

TAKWIM UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD HULU SELANGOR TAHUN 2012



Assalamualaikum w.b.t....


Selamat menempuhi tahun baru 2012, semoga hari yang mendatang mematangkan lagi usia kita dan memberi manfaat bagi bekalan kita menuju alam yang abadi di akhirat nanti.

Teruskan sikap dan perancangan anda yang positif dalam mengoptimumkan fungsi panitia Pendidikan Islam di sekolah. Pelbagai halangan dan rintangan yang ditempuhi biarlah menjadi titik renungan kita bersama dan menjadikannya sebagai sempadan dan berwaspada terhadap cabaran-cabaran itu.

Berikut adalah pautan takwim Unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor sebagai rujukan dan tindakan Panitia Pendidikan Islam sekolah anda.




TAKWIM UPI

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters