Rabu, 27 Oktober 2010

KEM BINA JUARA & LITERASI AL-QURAN 2010 DAERAH HULU SELANGOR

Tarikh: 02 November 2010 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: SK Lembah Beringin

Kepada semua guru pengiring, sila tepati masa dan bawa senarai nama penuh peserta bagi tujuan pendaftaran serta pensijilan. Harap maklum.

Jumaat, 15 Oktober 2010

MAKLUMAT SMKA UNTUK TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Berikut dimaklumkan maklumat dan dokumen SMKA bagi kemasukan ke sekolah SMKA 2011. Kami amat mengharapkan pihak sekolah khususnya ketua Panitia Pendidikan Islam memuat turun maklumat berkaitan untuk tindakan dalam tempoh dua minggu selepas keputusan peperiksaan UPSR 2010 dimaklumkan.
Panduan pengisian borang dan borang berkaitan boleh dirujuk pada maklumat yang dimuat turun.

Maklumat boleh didapati di dalam g-mail di alamat unitpihs@yahoo.com dengan password 123456789987654321

Segala persoalan sila rujuk terus kepada Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Rabu, 13 Oktober 2010

MESYUARAT DATA E-LAPORAN 6 BULAN KEDUA PROGRAM J-QAF

Assalamualaikum,

Makluman untuk sekolah-sekolah program j-QAF.

Sukacita dimaklumkan, bahawa Unit Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Oktober 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Tingkat 3, Wisma TNB

Guru Data Pendidikan Islam dijemput menghadiri mesyuarat tersebut .

Guru yang terlibat diminta membawa bersama:
i. Komputer riba
ii. wayar penyambung
iii. Rumusan Pencapaian E-Laporan Sekolah(salinan yang disahkan).

Segala kerjasama dan kprihatinan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

sekian

Isnin, 11 Oktober 2010

MESYUARAT AJK PELAKSANA KEM BINA JUARA & LITERASI AL-QUR'AN DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum

Makluman kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Oktober 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Lembah Beringin

Agenda Mesyuarat

1. Ucap utama PPD
2. Ucapan Pengerusi
3. Data elaporan 6 bulan pertama j-QAF
4. Taklimat pelaksanaan dan Pelantikan AJK
5. Hal-hal lain


Pesanan penting kepada Pentadbir Sekolah : Sila berikan pelepasan awal kepada guru yang terlibat dengan mesyuarat selewat-lewatnya jam 12.30 tgh, khususnya bagi sekolah yang melebihi 30km.

kerjasama tuan/puan amat dihargai.



Sekian terima kasih

Siaran Langsung

PORTAL RUJUKAN UTAMA

Laman Blog dan Web UPI & j-QAF PPD Selangor

Senarai Blog Rujukan

free counters